Peluang Adalah Nikmat Yang Tidak Terkata
Peluang adalah hal yang begitu rumit untuk di ungkapkan dengan kata-kata, hanya mereka yang melalui dan memahami sahaja akan erti perkataan tersebut. Ada dalam kalangan kita yang menafsirkannya adalah pilihan yang hanya sekali dalam hidup serta sering dikaitkan dengan hal yang baik sahaja, seperti peluang sambung belajar, dapat menunaikan haji di Makkah dan lain-lain kebaikan. Sedangkan keburukan itu juga adalah satu nikmat dalam kehidupan. Mengapa saya berkata sedemikian, hal ini kerana tidak semua orang yang mampu menempuhinya. kita juga hendaklah ingat bahawa setiap keburukan yang ditempuhi itu, jika dalam hatinya terdetik untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan, mereka itu adalah orang yang beruntung kerana Allah memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertaubat kepada-Nya, namun jika keburukan itu dilakukan tanpa mahu berubah sehingga akhirnya akan menyebabkan mereka sentiasa berada dalam kerugian dan jauh daripada rahmat Allah. Pernahkah kita terfikir sebelum ini ba