Peluang Adalah Nikmat Yang Tidak Terkata

Peluang adalah hal yang begitu rumit untuk di ungkapkan dengan kata-kata, hanya mereka yang melalui dan memahami sahaja akan erti perkataan tersebut. Ada dalam kalangan kita yang menafsirkannya adalah pilihan yang hanya sekali dalam hidup serta sering dikaitkan dengan hal yang baik sahaja, seperti peluang sambung belajar, dapat menunaikan haji di Makkah dan lain-lain kebaikan. Sedangkan keburukan itu juga  adalah satu nikmat dalam kehidupan. Mengapa saya berkata sedemikian, hal ini kerana tidak semua orang yang mampu menempuhinya. kita juga hendaklah ingat bahawa setiap keburukan yang ditempuhi itu, jika dalam hatinya terdetik untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan, mereka itu adalah orang yang beruntung kerana Allah memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertaubat kepada-Nya, namun jika keburukan itu dilakukan tanpa mahu berubah sehingga akhirnya akan menyebabkan  mereka sentiasa berada dalam kerugian dan jauh daripada rahmat Allah. 
   Pernahkah kita terfikir sebelum ini bahawa setiap kebaikan dan keburukan itu adalah datangnya daripada Allah. Sedarkah kita, setiap kesilapan kita adalah datang daripada diri kita sendiri. Ramai orang yang terkeliru kesilapan dan kesalahan adalah perkara yang sama. Namun sebenarnya kesilapan dan kesalahan merupakan dua perkara yang berbeza. Kesilapan adalah hal yang tidak berkaitan dengan dosa, tetapi berbeza pula dengan kesalahan iaitu merupakan hal yang berkaitan dengan dosa. Kesilapan adalah seperti tersilap membuat keputusan dalam memilih pasangan, tersilap dalam percaturan hidup. Disamping itu, kita tidak boleh menolak dengan satu kesilapan peluang itu mungkin menjadi kebahgiaan atau kesengsaraan yang bakal kita hadapi. Oleh itu, saya menyarankan agar sebelum kita membuat sesuatu keputusan, hendaklah kita memilihnya dengan tepat dan pastikan hati kita cekal dalam mengharunginya. Jika kita tidak cekal untuk menempuhinya hendaklah kita elakkannya agar kita tidak mendapat kesengsaraan di masa akan datang. 
    Sebaliknya kita hendaklah tahu membezakan mana satu dosa dan pahala apabila kita melakukan ibadah dalam kehidupan seharian kita. Kesalahan adalah merupakan dosa yang boleh di kategerikan kepada dua iaitu, dosa kita kepada Allah Yang Esa, dan dosa kita kepada sesama manusia. hendaklah kita ingat bahawa dosa dengan Allah, masih mempunyai ruang untuk kita memohon keampunan, tetapi dosa dengan sesama manusia adalah agak nipis untuk kita mempunyai peluang untuk kita memohon maaf kepada manusia yang pernah kita menganiayainya. Hal ini kerana Allah hanya memberikan satu peluang sahaja untuk kita hidup di dunia ini. Oleh itu saya sarankan kepada semua pembaca blog saya ini jika kita mempunyai dosa sesama manusia hendaklah kita sentiasa dan cepat meminta maaf. Kita kena ingat bahawa orang yang meminta maaf adalah tidak bermakna dia salah  atau kalah, tetapi sebenarnya  beliau adalah seorang yang lebih hebat dan lebih bijak daripada kita  kerana beliau berjaya menjadikan dirinya seorang yang hebat dan sentiasa mengingati mati.
     Kebanyakan orang tidak perasan hal ini, orang yang sentiasa minta maaf dan cepat merupakan adalah mereka yang tergolong dalam kalangan yang mengingati mati. Hal ini kerana diri kita diselubungi oleh hasutan syaitan, dan iblis untuk mempastikan diri kita sentiasa berada dalam kesesatan yang amat nyata. Hakikatnya tidak ramai orang yang sedar akan hal ini kerana masing-masing mementingkan keegoan yang tinggi. Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca yang lain, perbanyakkanlah muhasabah diri kita agar kita sentiasa berada dalam kalangan orang yang sentiasa akan mengingati mati. Seandainya kita mati dalam keadaan yang baik, maka in shaa Allah bernasib baiklah kita di akhirat kelak, dan jika sebaliknya maka rugilah kita di akhirat kelak. 
     Pada kelazimannya peluang itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita, tanpa kita sedari atau dalam sedar. Tahukah kita bahawa peluang itu sentaisa dibuka kepada kita agar kita sentiasa bertaubat kepada Allah. Namun kebanyakan orang Islam di zaman ini, tergolong dalam kalangan orang yang leka dan lalai dengan keindahan dunia. Oleh itu, saya beharap rebutlah setiap peluang yang diberikan kepada kita, agar peluang itu tidak akan terlepas lagi. Tujuan utama saya menulis akan hal ini adalah mendedahkan hal sebenar kepada pembaca, sebenarnya kita mempunyai banyak peluang untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan. 
    Saya selaku penulis juga tidak terlepas dengan peluang yang ada dihadapan mata, sama ada saya perasan atau tidak sahaja. Disini saya ingin menceritakan sedikit tentang saya mengenai peluang yang pernah hadir dalam hidup saya. Antara salah satunya adalah peluang untuk saya sambung belajar, mendapatkan apa yang saya hajati dan angankan sebelum ini. 



Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1