Sembang Santai 1

      Assalamualaikum semua kepada pembaca, mesti tertanya-tanyakan mengapa saya tulis sembang santai 1, kalau nak tahu, mestilah baca blog ni, hehehehe..... ok apa yang nak disembangkan pada hari ini adalah berkaitan "makanan" "ialah tajuk yamg remeh je, makan je lah apa yang boleh dimakan , jangan nak memilih sangatlah", mesti pernah dengar dengan ayat macam nikan, atau macam-macam ayatlah yang boleh diperkatakan, tentang makanan ni kan,  ok sebenarnya saya ada benda yang nak dikongsikan kepada pembaca semua tentang makanan ni, entahlah sama ada secara sedar atau tidak, saya tidak tahu, sama ada pembaca semua dah tahu atau pun tidakkan, mesti ada yang dah tahukan tentang ini, kalau ada yang dah tahu Alhamdulillah. 
        Kalau yang belum tahu tu, mesti kena ambil tahu, terutamanya orang Islam, mesti wajib tahu, owh ya kat sini saya hanya nak fokuskan tentang masakan nasi je yang sebenarnya, kenapa saya tekan masakan nasi sebab nasi merupakan makanan asas orang Malaysia, bahkan ruji kepada orang Asiakan.......ok apa yang ingin saya perkatakan, adalah hasil pratikal saya dalam kehidupan seharian saya dalam memasak nasi, pada asalnya saya adalah orang yang tidak pandai masak nasi, tapi disebabkan duduk dengan seorang brader ni kat KL, melalui dia saya belajar masak nasi, dan ketika kita nak basuh beras tu kita kenalah basuh pusing ikut lawan arah jam, pada waktu itu, mulakan dengan bismillah, dan beserta selawat,....ok tak pelah saya ingatkan tak ada kesan apa-apa lah kot hehehe. 
       Tidak sampai di situ sahaja tau, jadi saya amalkanlah selama 40 hari berturut-turut, owh sebelum terlupa basuh beras tu mestilah tiga kali tau hehehe, so dalam masa selama tempoh itu saya amalkan, rupa-rupanya dia meninggalkan kesan yang sangat mendalam jugakkan, baru saya tahu, Islam begitu menjaga kebersihan dan menekan doa walaupun dengan hanya bacaan Bismillah, masyaallah rupa-rupanya dia menghindarkan kita daripada makan benda yang kotor. Makna saya jika kita selalu makan masakan yang dimulakn dengan bismillah atau dimasak oleh orang yang beriman, memang banyak meninggalkan kesan yang mendalam terutama dalam hati, iaitu pada sayalah ia akan rasa mual jika saya makan makanan yang tidak dimasak oleh orang yang tidak beriman kepada Allah, bahkan saya selalu tidak pernah rasa kenyang, malah hal yang pelik-pelik yang berlaku kepada saya, saya tak tahulah kepada orang lain, serius sekarang perut dan tekak saya memang tak boleh nak terima masakan orang yang tidak beriman kepada Allah, owh ya orang yang beriman makna saya kat sini adalah orang yang menjaga solatnya k, bukannya hanya sekadar nama islam dalam i/c je tau, saya sendiri tak faham mengapa benda ini terjadi kepada saya, dan sampai ke hari ini saya tidak mampu nak hilangkan rasa mual dan nak muntah bila makan makanan yang dimasak oleh orang yang tidak beriman ini, paling tidak pun makan tapi tak banyaklah saya boleh makan. Kadang-kadang rasa malu nak cakap kat orang yang masak ni, atau bila saya datang bertandang ke rumah orang. 
      Walaupun  saya jenis yang tak memilih, tapi itulah bila masuk je dalam anak tekak mesti rasa mual atau nak muntah, kadang-kadang tu saya hanya makan sedikit sahaja demi menjaga hati tuan rumah, sebenarnya memang saya tak boleh nak makan, tapi takkanlah saya nak cakap yang awak ni tak solat ke atau awak masak ni tak baca bismillah ke, takkanlah saya nak cakap depan orang yang masak tu macam tukan , kurang hajar lah pulakkan. Kadang-kadang tu saya hanya mendiamkan diri je, lebih baik dari berakata-katakan..Itulah pengalaman saya yang pernah saya lalui sepanjang hidup saya....dan apa yang saya cuba kongsikan itu adalah bukan untuk menyatakan yang saya ni adalah orang alim atau wara' k, saya hanyalah manusia biasa yang tidak ada apa-apa pun pada diri saya. 
     Owh ya kalau nak cuba seperti mana yang telah saya buat, silakan tapi pastikan ia dibuat adalah kerana Allah k, bukan kerana ingin mencari kelainan atau apa-apa yang boleh membawa kepada dosa k, jangan cuba menguji kebesaran Allah k, apa yang pernah saya belajar dulu, jika kita hanya belajar sesuatu ilmu, tapi hanya nak menguji kebasaran Allah, maka ilmu itu tidak akan berhasil, malah menjadi sia-sia, so saya harapkan lakukanlah apa yang pernah saya lakukan selama 40 hari berturut-turut itu kerana Allah. In shaa Allah, jika di izinkan Allah akan terjadilah seperti yang saya alami, jika tidak teruskanlah kerana setiap apayang kita praktikkan akan diberi kelebihan yang berbeza dan hikmah yang berbeza serta manfaat yang berbeza. Wah panjangnya sembang santai untuk kali ini, maklumlah, ini slot yang pertama yang sempat saya tuliskan dalam blog ini, hehehe. Sebelum terlupa , Islam juga telah menganjurkan terlebih dahulu, jika kita nak makan, makanan yang membawa kita kepada keberkatan, serta dijauhkan daripada ilmu sihir daripada orang lain, maka makanlah makanan yang dimasak dengan bacaan Bismillah berserta selawat atau bekas air tangan orang yang solat, kerana sejarah telah membuktikan salah satu faktor kegemilangan Islam adalah berpunca daripada makanan itu sendiri.
     Tidak kita tahu, makan dengan hasil masakan air tangan orang yang solat akan menyelamatkan kita daripada lalai dan leka daripada mengingati Allah kerana doa yang orang solat. Jadi saya berpesan kepada kaum Hawa di luar sana jika kamu adalah seorang isteri atau seorang kakak atau adik, atau emak, amalkanlah cara memasak dengan bacaan Bismillah dan selawat, In shaa Allah, ikatan kekeluargaan bertambah harmoni, melalui doa dalam masakan mu itu. Jika ada yang terkurang saya mintak maaf, kerana ilmu yang saya miliki juga adalah tersangat dangkal, malah tidak setinggi alim ulama yang terdahulu, bukan zaman sekarang ok...apa-apa pun selamat beramal.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati