Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Datang ke program Family Day PPIPT UNIMAP
 Semasa berada di padang, melihat aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur
Gambar A
Gambar B
Gambar C
Semua gambar di atas adalah kenangan semasa berada di SMK Syed  Saffin Perlis.
Semua gambar di atas kredit untuk :Wan Iskandar (Is yang tak berapa nak is hahaha, jangan marah ya Is gurau je ni) Disini  saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menjadi juru gambar kepada saya dan kawan-kawan yang lain.



Pada asalnya saya tidak ingin datang ke program ni, memandangkan saya telah lewat buat pembayaran untuk dapatkan baju, tapi takdir Allah siapa sangkakan (Allah juga merancang, selain kita yang merancang tapi perancangan Allah itu lebih baik dari peracangan kita) #ingat tu.  Sebenarnya pada malam jumaat tu kawan saya ada bagitahu nak ikut Faizal tapi saya sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya, so saya decidelah tunggu je esok, pada malam tu juga  ramai housemate saya dah balik , hanya tinggal berapa orang je lagi yang tinggal,... pada malam tu juga saya baru balik daripada library, macam biasalah saya setiap hari akan ke library Unimap untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, kononya hahaha, tak pe, yang tahu apa yang saya buat adalah roomate saya je hehehe. Walau apa pun thanks kepada my roomate hahaha....
    Pagi itu, saya, Faizal, Shahmi, Ustaz, dan Is, pergi ke stesyen minyak , dan dalam saya rasa kebingungan dengan kenyataan roomate saya ni nak ke Penang , katanyalah, semua orang pun buat keluar duit RM 10 seorang, kalau korang nak tahu apa reaksi Faizal waktu tu, dia sendiri pun terkejut kenapa banyak sangat ni, nak tak nak dia ambil jugak lah duit minyak tu, tapi dalam waktu tu saya sendiri pun keliru dengan aksi dia nak pergi ke tak ni.....ok tak pelah, "ok xpelah lagi pun aku tak ade planing apa-apa pun, so tengok jelah nanti...." dalam hati je berani berkata  hahaha
  Ok sampai je di SMK Syed Saffin, masing-masing menuju ke padang sekolah, bila sampai je!!!, masing-masing tengok keadaan dan aktiviti yang di jalankan... korang nak tahu tak apa yang saya gambarkan  dalam kepala otak saya ni apa," wah ni mesti ada khemah khas untuk setiap rumah sukan dan semua ahli akan berkumpul dalam khemah masing-masing untuk menyaksikan sukan yang berlangsung, ceh tu hanya dalam kepala je ok, hakikatnya Allah hurabbi, sampai je kat tepi padang , termenung lah sejenak saya, mati-mati saya ingat samalah seperti yang saya fikir, rupa-rupanya hampeh, duduk tengah panas sambil menyaksikan acara sedang berlangsung, huh rasa kecewa sungguh waktu tu hanya Allah je yang tahu, tapi tak apa lah, saya pun tak buat bayaran dan tak join aktiviti apa pun, lagi pun dalam hati waktu ini segera nak beredar dah tahu, serius rasa macam nak sangat tinggal tempat yang menyeksakan tu, heheh ( over) Tapi seruis weh kalau saya yang jadi pemerhati dan penyokong pasukan of courselah nak tempat teduh je, apakahal nak duduk tengah-tengah panas ( setuju ke tak pemikiran kita berbezakan).
    Nampak tak gambar saya kat padang tu, tu muka hanya berpura-pura terima  ( dalam hati Allah tahu ) dengan berdiri tengah panas hati saya pada waktu itu tak selesa pun.... kalau ada tempat yang boleh berteduh tu dekat,  pada waktu memang nak cari tempat yang dekat untuk berjalan ke tempat teduh tahu......hehehe( over) walau pun pada pandangan pembaca nampak saya over tapi, hakikatnya bukan macam tu, saya masih sedar siapa diri saya ini ok.....(tapi hak setiap manusia untuk menikmati keselesaan tu penting ok)
    Gambar saya posing dekat papan tanda tu adalah permintaan kawan-kawan saya ok, bukan atas kehendak saya, tapi at least saya cuba tunaikan atas permintaan kawan-kawan saya, kerana bagi saya turutilah apa kehendak mereka selagi saya mampu turuti, dan gambar c adalah gambar saya dengan kawan-kawan yang ingin bergambar serta jadikan kenangan di SMK Syed Saffin je tu, at least, tu bukti saya dan kawan saya kat Syed Saffin....
     Ok habis dah cerita tentang gambar-gambar diatas ok, so setelah  beberapa lama kat situ saya dan kawan-kawan mula beredar dari situ, untuk ke Penang( lah kot)... tanpa tak dirancang terlebih dahulu kami pergi ke Penang.....ko orang tahu tak apa yang bermain dalam kepala saya waktu itu, ok betullah kata roomate saya Shahmi, yang kita orang semua akan ke Penang. Part yang paling best, bila saya tanya kepada Ustad," hang tau tak kita nak ke mana ni?" ayat yang tak boleh saya terima " aku tak tahu, aku ikut je Datuk ajak p"  ...ok hadam lah aku dengan kenyataan dia yang dia sebenarnya sama dengan aku, tak tahu nak kemana, tapi at least aku dah standby dah duit lebih dalam dompet.....hehehe... takut  aku nak pergi mana-mana duit tak ada dalam dompet .....(tak nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain cari ATM hehehe, saya orangnya pemalas ok,.....hehehe)
     Dalam dua jam setangah maka sampailah aku ke Penang (bila sampai, ingatkan main-main je, hampeh punya kawan buat macam ni, penat tahu buat andaian sendiri ni, akhirnya sampai gak kat Penang...maka saya tak bermimpi lah kan yang akan ke Penang  hehehe dalam hati je...mampu berkata-kata...yalah mana taknya nantikan kalau bertanya lebih-lebih takut orang tak suka, baik diam dan bermonolog dalam hati je lagi senang hehehe) ......ok kat bawah ni adalah gambar aku ke Penang 


Ustad, Faizal , Me, and Shahmi  (Is thanks jadi juru gambar kepada kita orang k)
 





Inilah gambar-gambar yang sempat di ambil ok....
Mesti korang nak kenal kan siapa nama mereka ni, ok ...baju merah yang bertopi adalah Faizal, nama samarannya adalah Datuk, ok...hehehe..Baju putih yang duduk  diatas tempat yang paling tinggi adalah Ustad, bukan Ustaz Ok....yang baju lengan panjang dan sama color dengan saya adalah Shahmi, dan yang terkahir yang duduk becangkung ke atau seangkatan dengannya yang kategori duduk adalah iskandar , nikc name dia Is hehehe...so Boleh kenallah siap, cuba  tekalah siapa mereka tu kan hehehe...
   Pada saya ini adalah percutian yang paling bermakna dalam hidup saya kerana saya pergi tanpa perancangan, malah yang Uniknya perjalanan kami nampak macam dirancang tapi hakikatnya, jalan-jalan ikut suka hati je, janji berjalan hahahaha....
Ok...pengalaman saya di Village Design adalah dapat melihat barangan yang dijual di sini adalah yang berkualiti, harganya juga adalah berpatutan...malah promoter disini agak unik, iaitu pada penampilan mereka, disini setiap lot kedai menampilkan imej barang yang dijual, bukan sama di tempat lain, promoter dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan dan tidak menampilkan penjualan barang tersebut (dalam erti kata lain pakaian rasmi)....seperti yang kita lihat di Jakel Mall semua memakai baju etika Pakaian Jakel Mall, di Aeon memakai baju rasmi Aeon yang berwarna pink, ok nampak tak cara mereka mempromote barang mereka dengan cara yang berbeza, so dapat saya nyatakan di sini jika kita nak promote barangan niaga kita di kedai hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai dengan produk yang kita jual, especially kepada mereka jual tudung dan pakaian....so pandai-pandailah korang hadam k....
    Ok  lagi satu Uniknya Design Village adalah kita boleh menikmati suasana yang tenang sambil membeli-belah, di samping melihat decoration yang menarik di setiap depan lot kedai....seperti tempat yang menarik di KL, PUBLICA dan  seangkatan dengannya lah......owh ya ada lagi kat sini lot parking kereta disediakan khas yang bertingkat, so kat sini tak perlu nak cari parking k, hanya masuk je tempat parking, cuma kena ingt tingkat berapa kita parking kereta tu ok, jangan tahu nak parking je, hehehe (peringatan)... Disamping itu di sini, uniknya tentang tiket parking, apabila kita nak keluar je daripada tempat ini, kita perlu scan je tiket parking, bukan yang macam biasa kita jumpa, kita kena masukkan balik tiket pembayaran parking tu ok....(hadam)...
  Emmm rasanya dah panjang dah kot saya bercerita kat sini, oklah... maaflah jika cerita ini agak panjang dan kurang menarik ok.....saya hanya nak share je...at least sesiapa yang ada perancangan nak ke Design Village Penang,... kan senang dah tahu lah serba sedikit tentang Design Village Penang nikan, so yang selebihnya kalian kenalah explore sendiri k kalau nak maklumat yang menarik lagi kat Design Village ni hehehe...owh ya waktu ni masih ada lot-lot kedai yang belum buka lagi , mungkin belum Launch lagi lah kot ......hehehe ( think positive)

Oklah semoga bermanfaat apa yang saya kongsikan ini ok ....

Coretan 
mydizamyblogger

Comments

Popular posts from this blog

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1