Posts

Showing posts from August, 2016

Sembang Santai 3

       Assalamualaikum, kepada para pembaca sekalian, kali ini saya begitu tertarik untuk membicarakan tentang ilmu, namun untuk saya yang masih belajar ini, terlalu dangkal ilmu yang saya miliki ini untuk saya membicarakan. Di sini saya rasa sungguh terkilan dengan segelintir masyarakat kita hari ini kerana kebanyakan masyarakat kita pada hari ini malas untuk mengkaji atau cuba mendapatkan berita yang benar. Mesti pembaca semua tertanya-tanya mengapa saya berkata sedemikian..kan...kan, saya berkata demikian kerana hati saya terlampau sedih melihat akan keadaan masyarakat kita hari ini..begini ceritanya di sebuah daerah perantau, ada seorang manusia yang begitu memiliki ilmu yang tinggi dalam agama, malah cara dia belajar juga adalah bertalaki terus dengan guru dia, tapi ramai orang yang tidak tahu akan ilmu yang dia miliki, dia di kecam, di fitnah, dipermainkan, di hina, lalu dia membawa diri daripada daerah perantau dengan mendapatkan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor..A

Sembang Santai 2

      Assalamualaikum, selamat petang, hari ini saya menulis lagi, kali ini saya ingin mengetengahkan isu-isu hangat yang diperkatakan di media sosial. Salah satu isu yang menarik perhatian saya iaitu tentang ASWAJA. Apa yang menarik perhatian saya adalah isu ini merupakan isu yang berkaitan dengan agama Islam. ASWAJA adalah ahli sunnah wal jamaah, yang menjadi pegangan kita di Malaysia. Namun haruslah bermanhajkan al-sha'irah dan al-maturidiyyah. ASWAJA sekarang hangat mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang cuba untuk menjatuhkan ASWAJA bahkan cuba untuk memburukkan ASWAJA, saya rasa semua orang tahukan siapa yang menentang ASWAJA di Malaysia, jadi tak perlulah saya nak bagitahukan siapa orangnya.        Soalan yang pertama adalah mengapa ASWAJA di Malaysia mendapat tentangan hebat daripada seorang yang berilmu, dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini seorang islam yang sejati seharusnya memiliki 3 ilmu fardhu ain, dalam set