Sembang Santai 2

      Assalamualaikum, selamat petang, hari ini saya menulis lagi, kali ini saya ingin mengetengahkan isu-isu hangat yang diperkatakan di media sosial. Salah satu isu yang menarik perhatian saya iaitu tentang ASWAJA. Apa yang menarik perhatian saya adalah isu ini merupakan isu yang berkaitan dengan agama Islam. ASWAJA adalah ahli sunnah wal jamaah, yang menjadi pegangan kita di Malaysia. Namun haruslah bermanhajkan al-sha'irah dan al-maturidiyyah. ASWAJA sekarang hangat mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang cuba untuk menjatuhkan ASWAJA bahkan cuba untuk memburukkan ASWAJA, saya rasa semua orang tahukan siapa yang menentang ASWAJA di Malaysia, jadi tak perlulah saya nak bagitahukan siapa orangnya. 
      Soalan yang pertama adalah mengapa ASWAJA di Malaysia mendapat tentangan hebat daripada seorang yang berilmu, dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini seorang islam yang sejati seharusnya memiliki 3 ilmu fardhu ain, dalam setiap diri umat islam. Ilmu yang utama adalah Ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuf,. Ketiga-tiga ilmu ini menjadi lambang kepada seorang ahli ASWAJA, kerana menjadi tunggak Utama sebagai seorang Islam yang sejati. Ok cuba kita nilai, adakah diri kita mempunyai asas kepada ketiga-tiga Ilmu ini, jika tidak ada, saya menyeru kepada Umat Islam khususnya, carilah Ustaz yang boleh mengajar kita tentang ketiga-tiga ilmu ini, dan bartanyalah kepada Ustaz Iktikad ahli sunnah wal jamaah yang bermanhajkan al-sha'irah dan al maturidiyyah.
        Mengapa saya berkata sedemikian kerana ada dalam kalangan kita begitu malas untuk membaca dan mengkaji apa itu makna Islam yang sejati, malah ada yang beranggapan tak apalah, janji ikut je apa yang telah belajar dulu. Itulah yang menyebabkan seseorang individu menyerlahkan kebodohan diri sendiri, maaf jika ayat ini terlalu kasar untuk diperkatakan, tapi itu adalah hakikat sebuah kehidupan jika kita seorang Islam yang sejati, bukan Islam hanya dalam kad pengenalan sahaja. Kebanyakan orang Islam sekarang adalah hanya Islam ikutan, bukan yang didasari oleh Ilmu Islam yang sebenar. 
      Mengapa saya bekata sedemikian karana masih ramai lagi orang Islam yang tidak tahu apa yang terkandung dalam ASWAJA. Disini juga ingin saya perkatakan bahawa jika kita memiliki ilmu hal yang berkaitan keduniaan, seharusnya kita mengetengahkan apa yang kita pelajari, jika Ilmu yang berkaitan dengan Agama Islam seharusnya kita mempraktikan dan beramal dengan apa yang kita pelajari kerana kerana Ilmu fardhu ain ini bukan untuk kita menunjuk-nunjuk sebabnya amalan kita bukan dinilai oleh manusia tetapi ianya dinilai oleh Allah akan keikhlasan kita dalam beramal. Seharusnya seluruh umat Islam di Malaysia tidak ada perasaan untuk menentang ASWAJA yang bermanhajkan Al-Shai'rah dan Al-Maturidiyyah kerana ia adalah satu-satunya mendokong perjuangan Rasulullah dan para sahabat serta tidak mempunyai pelbagai aliran kefahamn yang berbeza terutama tentang akidah dan pegangannya terhadap ahlul sunnah wal jamaah. 
       Jika ingin saya menghuraikan ianya terlalu panjang, sebaliknya kita sebagai umat Islam yang mencintai sunnah Rasulullah seharusnya tidak menentang ASWAJA ini, sebaliknya haruslah mencari kebenaran dan mendalami Ilmu fardhu ain itu dengan ahlinya yang bermanhajkan Al-Shairah dan Al-Maturidiyyah. Jika para pembaca ingin bertanya boleh emailkan kepada saya. In shaa Allah saya akan cuba untuk menjelaskan lagi apa yang saya mampu jelaskan, kerana ilmu yang saya miliki juga adalah terlalu dangkal untuk menerangkannya secara terperinci. sekali lagi ingin saya tegaskan, jadilah seorang mukmin yang sentiasa yang inginkan sebuah kebenaran dan  tidak menjadi orang islam yang hanya sekadar dalam  kad pengenalan sahaja.
     Jika terdapat kekurangan dalam penulisan ini saya dengan rendah hati ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan ejaan atau sebagainya. Sebelum  berakhirnya penulisan ini, ingin saya perkatakan bahawa segala yang baik  dan buruk itu adalah datangnya daripada Allah, dan segala kekurangan adalah datangnnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1