Sembang Santai 3

       Assalamualaikum, kepada para pembaca sekalian, kali ini saya begitu tertarik untuk membicarakan tentang ilmu, namun untuk saya yang masih belajar ini, terlalu dangkal ilmu yang saya miliki ini untuk saya membicarakan. Di sini saya rasa sungguh terkilan dengan segelintir masyarakat kita hari ini kerana kebanyakan masyarakat kita pada hari ini malas untuk mengkaji atau cuba mendapatkan berita yang benar. Mesti pembaca semua tertanya-tanya mengapa saya berkata sedemikian..kan...kan, saya berkata demikian kerana hati saya terlampau sedih melihat akan keadaan masyarakat kita hari ini..begini ceritanya di sebuah daerah perantau, ada seorang manusia yang begitu memiliki ilmu yang tinggi dalam agama, malah cara dia belajar juga adalah bertalaki terus dengan guru dia, tapi ramai orang yang tidak tahu akan ilmu yang dia miliki, dia di kecam, di fitnah, dipermainkan, di hina, lalu dia membawa diri daripada daerah perantau dengan mendapatkan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor..Alhamdulillah dia berjaya mendapatkan tauliah itu, tapi bukan hanya daripada JAIS sahaja tau, tapi tauliah daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali dia dapat..sebelum itu dia mendapat tentangan yang hebat serta dugaan yang cukup hebat, kerana dia difitnah membawa ajaran sesat, tapi itu semua saya sahaja yang betul-betul memahami keadaan dirinya yang sebenar, kerana saya pada waktu itu juga telah mempelajari sedikit ilmu fardhu ain daripada dia juga, saya begitu kasihan kepadanya, dalam diam saya berdoa kepadanya semoga Allah mempermudahkan segala urusannya nanti tanpa pengetahuan dia, kerana hati saya begitu sedih dan tersentuh dengan dugaan yang dia hadapi, namun apakan daya saya, saya tidak mampu untuk menolong dia kerana saya tidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai pengaruh yang kuat, serius pada waktu itu jika saya memiliki pengaruh yang kuat in shaa Allah saya akan cuba membantunya sedaya upaya saya, tapi saya tidak berharap agar mempunyai pengaruh saya kerana pada saya, saya hanyalah insan yang biasa, yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan melainkan pertolongan daripada Allah SWT, sahaja..
   Setelah mendapat tauliah itu dia kembali semua ke daerah perantau itu, dia kembali dengan dipandang mulia kerana tauliah yang dia dapat itu, saya terfikir dimanakah silapnya, mengapa harus di tauliahkan, sedangkan ilmu Allah itu luas, sedangkan kita telah lahir dalam islam, mengapa kebanyakan umat islam pada hari ini tidak mendalami fardhu ain, saya tahu saya juga sebelum ini tidak mempunyai ilmu fardhu ain secara mendalam tapi saya juga insan yang biasa, setelah saya mempelajari ilmu fardhu ain secara sedikit-sedikit dan berperingkat-peringkat, menyebabkan banyak orang islam sekarang berfikiran amat sempit. Bila saya tersedar barulah saya faham, sebenarnya manusia yang mempunyai ilmu agama yang ikut-ikutan ini, adalah takut dengan gelaran sesat, tapi hakikatnya jika kita sebagai orang islam tidak mempelajari Ilmu Tauhid, Feqah, dan Tasawuf ini, sebenarnya juga tergolong dalam golongan yang sesat tanpa kita sedari. Cuba kita lihat pada diri kita adakah kita tahu pegangan ahli sunnah wal jamaah, adakah kita tahu apa itu hal yang haram dan yang sunat dalam solat? adakah kita tahu siapakah yang kita sembah sewaktu kita solat? Sebelum ini juga saya tidak mempelajari ilmu ini, tapi Alhamdulillah saya akan berusaha untuk mempelajari ilmu ini, namun adakah kita mengkaji mangapa arwah Tuan Guru Hj Salleh begitu terbuka orangnya, kerana Ilmu yang dimiliki itu adalah benar. Berbalik kepada pentauliahan jika kita lihat kepada sejarah ilmuan islam, adakah mereka diiktiraf dan di tauliahkan oleh jabatan-jabatan tertentu, sudah tentu mereka tidak di tauliahkan, tapi mereka mempunyai namanya yang tersendiri, kerana pada ketika zaman mereka mukjizat dan kelebihan yang ada pada merekalah yang menjadikan mereka diiktiraf, bukan seperti sekarang, sekarang ilmu agama yang pelajari mestilah di tauliahkan kerana di bimbangi terdapat penyelewangan dalam sesuatu ilmu yang di sampaikan. 
       Mengapa hal ini terjadi, kerana setiap umat islam yang berada dalam Malaysia masing-masing tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf, mereka memandang remeh akan ilmu agama ini, kerana bagi mereka Ilmu dunia itu lebih penting daripada ilmu agama, itulah kebanyakan masyarakat islam yang ada di Malaysia ini. Dulu saya pun termasuk dalam golongan ini, tapi sekarang tidak lagi, kedua-dua ilmu dunia dan akhirat adalah penting kepada saya. Mengapa kita tidak mengkaji akan sesuatu ilmu itu sendiri, kerana kita juga tergolong dalam golongan orang yang malas untuk membaca dan mendalami akan sesuatu ilmu. Disini saya juga berasa kesal dengan ilmu sejarah yang kita pelajari di sekolah, kita perlu mengikut sejarawan Khoo Kay Kim  untuk kita lulus dengan cemerlang dalam sejarah. Hal ini jelas menunjukkan orang islam tidak mempunyai ilmu sejarah yang sebenar, sedangkan kita tahu sejarah islam itu sungguh hebat dan nyata tapi sejarah sekarang banyak yang dipalsukan, namun saya juga kesal mengapa sejarah yang dipalsukan dipaksa terima oleh anak-anak zaman sekarang? Mengapa hal ini terjadi, di Malaysia? Hal ini jelas menunjukkan orang Islam di Malaysia kebanyakan adalah buta sejarah. Bukan niat saya di sini untuk mengata, tapi bila menyedarinya banyak kekurangan fakta yang sebenar dalam sejarah. 
    Maaf terlalu panjang sebenarnya untuk saya membicarakan, tapi tidak mampu untuk menulis dengan lebih panjang lebar kerana waktu sekarang sudah pun jam 11.33 malam, saya juga mintak maaf jika tulisan ini banyak kelemahan dan kekurangan, apa yang saya cuba sampaikan itu janganlah kita memandang rendah kepada setiap individu, kerana setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1