Posts

Showing posts from 2018

Takaful adalah pelan perlindungan yang terbaik

Hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis mengenainya, setelah sekian lama saya mendiamkan diri dalam penulisan ini...di sini saya nayatakan mengapa saya mendiamkan diri selama ini, kerana terlalu banyak peristiwa yang saya alami, sehingga saya tidak sempat untuk saya meluangkan masa menulis dalam blog ini..ok itu sebagai pendahuluan kata daripada saya untuk menulis pada hari  ni...Ramai orang tahu apa itu takaful, kebiasaan orang akan menganggap takaful adalah perlindungan yang tidak menjaminkan masa depan...Itu lah kesilapan mereka dengan bertanggapan sedemikian. Di sini saya ingin menyatakan, sekarang ramai orang akan sedar bahawa patuh syariah itu adalah benar. Sekarang saya sendiri yang berada dalam Great Eastern Takaful, saya tahu kemana duit itu dilaburkan oleh pihak Great Eastern Takaful. Saya percaya ramai disini yang tidak tahu akan kemanakah pelaburan Great Eastern Takaful, dan ada yang menganggap Takaful adalah satu perlindungan yang menguntungkan ejen sahaja. Hal ini ke

Peluang Adalah Nikmat Yang Tidak Terkata

Peluang adalah hal yang begitu rumit untuk di ungkapkan dengan kata-kata, hanya mereka yang melalui dan memahami sahaja akan erti perkataan tersebut. Ada dalam kalangan kita yang menafsirkannya adalah pilihan yang hanya sekali dalam hidup serta sering dikaitkan dengan hal yang baik sahaja, seperti peluang sambung belajar, dapat menunaikan haji di Makkah dan lain-lain kebaikan. Sedangkan keburukan itu juga  adalah satu nikmat dalam kehidupan. Mengapa saya berkata sedemikian, hal ini kerana tidak semua orang yang mampu menempuhinya. kita juga hendaklah ingat bahawa setiap keburukan yang ditempuhi itu, jika dalam hatinya terdetik untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan, mereka itu adalah orang yang beruntung kerana Allah memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertaubat kepada-Nya, namun jika keburukan itu dilakukan tanpa mahu berubah sehingga akhirnya akan menyebabkan  mereka sentiasa berada dalam kerugian dan jauh daripada rahmat Allah.     Pernahkah kita terfikir sebelum ini ba