Takaful adalah pelan perlindungan yang terbaik
Hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis mengenainya, setelah sekian lama saya mendiamkan diri dalam penulisan ini...di sini saya nayatakan mengapa saya mendiamkan diri selama ini, kerana terlalu banyak peristiwa yang saya alami, sehingga saya tidak sempat untuk saya meluangkan masa menulis dalam blog ini..ok itu sebagai pendahuluan kata daripada saya untuk menulis pada hari ni...Ramai orang tahu apa itu takaful, kebiasaan orang akan menganggap takaful adalah perlindungan yang tidak menjaminkan masa depan...Itu lah kesilapan mereka dengan bertanggapan sedemikian. Di sini saya ingin menyatakan, sekarang ramai orang akan sedar bahawa patuh syariah itu adalah benar. Sekarang saya sendiri yang berada dalam Great Eastern Takaful, saya tahu kemana duit itu dilaburkan oleh pihak Great Eastern Takaful. Saya percaya ramai disini yang tidak tahu akan kemanakah pelaburan Great Eastern Takaful, dan ada yang menganggap Takaful adalah satu perlindungan yang menguntungkan ejen sahaja. Hal ini kerana mereka pernah ditipu oleh ejen yang terdahulu, sebelum bangkitnya seseorang yang mempertahankan bahawa syarikat Takaful adalah tidak menipu, tapi sebaliknya ejen yang di tauliahkan itu tidak bertanggungjawab. Oleh hal yang demikian saya memperbetulkan tanggapan mereka bahawa tidak semua ejen Takaful adalah tidak bertanggungjawab, saya sendiri sebagai ejen takaful yang telah lama bekerja di Great Eastern Takaful juga tidak pernah melepaskan tanggungjawab kepada pelanggan yang saya temui, sebaliknya saya menjaga mereka dengan baik, bahkan selalu bertanya khabar kepada mereka. Hal ini kerana saya cuba membuktikan kepada mereka tidak kesemua ejen itu tidak bertanggungjawab dan amanah dalam memikul tanggungjawab ini...Mesti ramai yang tertanyakan mengapa saya menulis akan hal inikan.
Antara kelebihan di Great Eastern Takaful adalah, menyediakan pelbagai aspek yang diperlukan oleh masyarakat, seperti medical card, di Great Eastern Takaful medical card yang paling murah percuma sekira pelanggan mampu membayarnya RM 300.00 sebulan. Jika pelanggan ingin membuat hibah kepada waris anda tanpa mengikut undang-undang faraid, juga terdapat di Great Eastern, jika anda hanya inginkan jenazah anda diuruskan sehingga ke liang lahad, anda juga mampu jumpa dengan saya untuk bertanya dengan lebih lanjut, terdapat banyak lagi kelebihan yang ada sebenarnya, namun sebagai penulis saya tidak mampu menyatakan kepada anda semua disini kerana Great Eastern Takaful menawarkan produk yang fleksibel, bahkan untuk anda membuat pembayaran hutang selepas kematian atau sebelum kematian juga turut ditawarkan di Great Eatern Takaful. Pengalaman saya sepanjang saya menceburi bidang ini, tidak ada seorang pun, bila saya dekati mereka dan memberitahu mereka perihal takaful, tidak mampu memberi jawapan yang tepat kepada diri, jadi saya beranggapan bahawa mereka sebenarnya tidak sedar akan hal yang mungkin akan menimpa mereka di masa akan datang. terutama sekali umat islam yang kebanyaknnya adalah bani melayu yang tidak mempunyai kesedaran walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi malah mempunyai pangkat dalam sesuatu organisasi.
Kebanyakan pelanggan saya adalah orang yang rapat dengan saya dan kenal dengan saya, alhamdulillah mereka mempercayai saya, walaupun saya tidak yakin dengan diri saya sendiri bahawa mampukah saya memikul tanggungjawab ini dengan baik pada awalnya. Tapi berkat doa yang saya panjatkan kepada Allah agar saya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam memikul amanah dan tanggungjawab ini, alhamdulillah saya mampu melakukan dengan lebih baik. Dalam masa yang sama dugaan kepada saya dalam bidang ini bagaimana untuk saya meyakinkan mereka dengan apa yang ditawarkan dan manfaat yang diperoleh mereka di Great Eastern Takaful. Tapi untuk saya melebarkan lagi sayap saya untuk menyedarkan mereka dan membeli takaful dengan saya adalah hal yang amat mencabar bagi saya, hal ini kerana bagi saya ramai yang tidak mengenali diri saya malah ada yang kenal tapi sayang kenal melalaui orang lain dan bukan melalui diri saya sendiri, itulah hal yang menyedihkan saya selama ini.
Pada saya, dalam hal ini mungkin mereka tidak mengenali diri saya secara dekat. tapi hanya sebagai tempat untuk bercakap dan menyembang kosong sahaja dengan saya. Itulah kesilapan orang dalam membuat penilaian terhadap diri saya yang sebenar.Tapi semua ini saya terima dengan hati yang terbuka...Sebab semuanya telah tertulis untuk saya lalui semua ini....
Saya rasa terkilan dengan bani melayu yang tidak pernah sedar akan suatu hari nanti akan menimpa mereka adalah diluar jangkaan mereka. Mereka begitu lalai dan leka dengan kesenangan yang dimiliki oleh mereka. Tapi adakah mereka sedar bahawa bila anda dalam kesusahan dalam membuat pembayaran bil-bil hospital yang semakin hari semakin meningkat dan yuran pengajian di peringkat universiti adalah juga semakin meningkat. Tengoklah mengapa bangsa Cina dan India senang dan selesa dengan kehidupan mereka kerana mereka mempunyai pelan perlindungan yang menjaminkan masa depan diaorang, tidak seperti umat islam yang tidak ramai mempunyai kesedaran peluang diberikan oleh mereka tapi disia-siakan. Walau apa pun saya sedia menerima panggilan dan text deripada kalian yang ingin benar-benar mempunyai perlindungan takaful dengan Great Eastern Takaful, anda boleh hubungi saya di nombor ini 011-37008186, ini adalah nombor telefon saya. In shaa Allah saya bersedia membantu anda mendapatkan nasihat khidmat Takaful daripada saya.
Comments