PERUBAHAN DIRI

Belajar Berhenti Menyayangi dan Mengharap Di Sayangi

Dalam hidup ku hari ini, aq belajar cara berhenti menyayangi dan mengharap di sayangi terhadap insan yang dicintai dengan hati yang ikhlas.....mulai hari ini aq berasa tenang untuk menjalankan kehidupan  ku yang selama ini gundah gulana, dan tidak tenteram hati dan jiwa,... ya selama ini hati dan perasaan ku sering terganggu oleh cinta palsunya terhadap ku...., demi Allah belajar bercinta baru aq tahu begitu banyak dugaan dan halangan yang perlu ku tempuhi, sehingga akhirnya diri sengsara kerana mengharapkan cinta yang palsu daripada insan yang bergelar wanita....."biarlah menjadi rahsia siapakah orang itu, biarlah hati aq ini sematkan kenangan itu sebagai penghargaan".... ceh jiwang....hehehe, walau ape pun aq sedar siapa diri aq ni hehehe,..#  Bismillahirahmannirrahim Ya Allah berikanlah aq kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ini, Engkau tabahkanlah hati hamba Mu ini ya Allah, Ya Allah Engkau berikan aq taufik dan hidayah Mu agar aq sentiasa berada dalam jalan yang Engkau redhai ya Allah, ya Allah setelah Engkau memberikan aq taufik dan hidayah janganlah Engkau palingkan hati ku ini daripada terus berpaling tadah kepada Mu ya Allah , aq mohon dan aq merayu kepada Mu ya Allah.... Amin...# Insyaallah lepas ini aq kahwin terus tanpa bercinta lagi sebelum kahwin...' satu azam dan nekad' dalam hati ku...


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1