Chit-Chat Keletah
Apabila sampainya saya di PPIPT tadi...aku terus ke kelas..mati-mati tadi aku ingat hari ini ada midterm mandarin.....Allhamdulillah..tak ada midterm test,..hari ini masih ada peluang untuk aku gigihkan diri untuk terus menghafal apa yang aku telah pelajari.....dalam kelas sebelum ini....kat sini aku pun tak faham kenapa apa yang aku baca dan hafal.... masih jugak aku tidak ingat.......aku akan ingat bila waktu aku tengok balik setiap perkataan, masa tulah baru aku nak ingat....aku rasa pelik lah kenapa erk....ada sesiapa boleh jawab tak....kalau ada tolong tinggalkan kat ruangan komen tu k....ok waktu dalam kelas pulak tadi aku rasa sungguh malu apabila madam Chutamas tanya aku, aku tak mampu nak jawab dengan tepat soalan yang diajukan kepada aku....soalannya senang je apakah yang kamu nak beli jika saya bagi kamu duit sebanyak Rm 20.00....tapi nak kena jawab dalam bahasa mandarin lah heheh bukan dalam bahasa English k....sungguh!! aku rasa malu sangat bila kawan-kawan dalam kelas aku gelakkan tadi....sebab aku tak mampu jawab dengan baik lah hehehe...salah aku jugak dalam hal ni...sebabnya aku lupa perkataan yang harus aku guna hehe....walau apa pun bagus untuk aku terus tingkatkan semangat untuk terus berusaha....selepas tamat je kelas mandarin tadi aku terus masuk kelas bi dan menduduki midterm....Alhamdulillah aku boleh jawab tadi....tapi tak tahulah betul ke tidak jawapan aku itu.....aku serah je kepada Allah semua...habis je midterm aku ke perpustakaan untuk pinjam buku.....tapi Alhamdulillah aku tak dapat pinjam tadi....ok kat sini aku nak bagitahu je ... kepada sesiapa yang tak pernah nak jejak kaki ke perpustakaan Kangar ...sila ambil tahu k.....jika nak buat pinjam buku ....carilah buku yang tidak ada tanda R atau kamus kerana buku yang bertanda r atau kamus tidak dibenarkan pinjam...anda hanya boleh buat rujukan kat perpustakaan sahaja..so aku terus balik ke kolej kediaman dalam jam 5.00 petang....sampai sahaja terus aku mandi dan bersiap-siap untuk solat maghrib ..selepas solat aku rehat sambil layan cerita kat lap top kawan sebilik dengan aku....masa tengah layan cerita tadi...tetiba kawan kepada kawan sebilik dengan aku tu ajak makan senyap2 tadi....hang tahu tak apa makanan yang kawan kepada kawan sebilik aku tu bawa .....domino pizza hehehe....bermula dari situ lah aku bertanya" hang sambut hari jadi siapa ni..?" tetiba kawan aku cakap...."eh bukan ke hari ni hari lahir hang erk"....jadi kat situlah aku sedar yang hari ni adalah hari bersejarah buat aku hehehe....serius aku langsung tak ingat tarikh lahir aku sendiri pun....patutlah aku pelik semacam je hari ni....hehehe....selepas itu aku gerak ke perpustakaan lah ....dalam perjalanan macam-macam yang bermain dalam kepala ini aku ni...tapi bila sampai je kat Kangar semua hilang apa yang aku fikir....cuma yang aku fokuskan adalah hanya untuk membeli roti je pada asalnya ....tapi aku tak terfikirlah pulak untuk membeli kek tadi....hehehe...bila sampai je sana, alang-alang ada kat kedai kek ini boleh lah aku belikan kek sekali untuk sambut ulang tahun aku.....ok ni gambar kek yang aku beli tadi....
Ini lah yang aku belikan tadi untuk sambut hari bersejarah aku....hehehe walau pun tak seberapa sebab aku sorang je kot yang nak makannya hehehe....ok tu lah yang dapat aku lakarkan dalam penulisan ku untuk kali ini.....owh ya sebelum aku terlupa masa aku balik tadi air kat tempat blok aku tinggal ni dah tak ada air....nasib baik lah aku dah selesaikan semua nya tanggungjawab aku untuk hari ini ... Alhamdulillah ....nanti aku carita lagi k....sebenarnya banyak benda yang aku belum kongsikan lagi ni....sebab dah lewat dah ni....ok lah selamat malam.....maaf kalau tulisan ini tersalah taip sebab dah mengantuk sangat dah ...apa-apa pun aku nak mintak maaf jika penulisan untuk kali ini adalah tidak menarik atau terdapat kelemahan.....sekali lagi aku mohon maaf k....aku sudahi penulisan ini dengan lafaz Assalamualaikum.....
Comments