HAKIKAT KEHIDUPAN

   
 Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua, aku terpanggil untuk menulis petang  ini adalah kerana aku ingin berkongsi pengalaman tentang aku penat bagai nak rak untuk mencantik blog aku ni, rupa-rupanya, blog aku dah cantik dan ringkas serta tidak mempunyai pelbagai aksesori nak tahu kenapa, sebabnya blog sport ini adalah percuma dan tidak perlu membuat apa-apa bayaran pun , sekarang aku dah faham dah, Ya Allah betapa penatnya aku memikirkan untuk cantikkan lagi blog aku ini, buat penat untuk fikirkan semua itu, bila free ni gunalah apa yang telah disediakan, yang penting isi kandungan dan apa yang harus ditulis bukan  mencari keunikan pada blog dengan meletakkan pelbagai aksesori yang menarik. Ya Allah, Engkau gantikanlah penat aku ini dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang indah  dalam hidup aku, tujuan aku menulis ini adalah kerana Mu ya Allah, agar aku dapat terapkan pengalaman yang aku tempuhi dan sedikit ilmu yang bermanfaat yang cuba aku sampaikan kepada semua pembaca blog aku ini. Ya Allah jadikanlah aku seorang yang sederhana dalam apa jua, ya Allah tolonglah aku, sesungguhnya aku adalah insan yang sentiasa lemah dan sentiasa hina di sisi Mu ya Allah. Aamiin. 


Sekadar coretan pada petang ini, in shaa Allah akan aku sambung lagi penulisan ini dengan pelbagai ilmu yang aku cuba kongsikan, bahkan anda semua diharap dapat memberi komen dan cadangan untuk apa sahaja yang kurang dalam blog saya ini. In shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1