PERSAHABATAN



    Persahabatan merupakan sebuah jalinan yang suci iaitu adalah semata-mata kerana Allah. Namun janganlah kita lupa sekiranya kita beragama Islam hendaklah kita sentiasa melakukan segala hal kebaikan atau sesuatu perkara yang membabitkan amalan dan ibadah dalam kehidupan hendaklah dijalankan  semata-mata kerana Allah. Ramai yang tidak faham makna ibadah dalam menjalankan aktiviti seharian. Disini saya terangkan bahawa kita minum pun merupakan ibadah. Hal ini kerana badan kita memerlukan air yang cukup untuk kita menjalankan ibadah solat dengan sempurna. Tanpa kita mengetahui setiap perkara yang kita lakukan merupakan ibadah sekiranya dimulakan dengan bacaan Bismillah. Erti persahabatan anda boleh mendefinisikan pelbagai makna, mengikut kefahaman masing. Pada pendapat saya ialah sahabat adalah sebuah perhubungan sesama manusia yang didasari kerana Allah, mempunyai rasa saling memahami, saling tolong-menolong, saling sayang-menyayangi antara satu sama lain, saling hormat-menghormati, dan yang paling penting saling mempercayai antara satu sama lain. Namun masih ramai lagi kawan-kawan disana tidak menyedari akan hakikat sebuah kehidupan. Kita memerlukan sahabat dalam kehidupan kita kerana sahabat adalah kemungkinan yang boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka. Aku berkata demikian kerana manusia ini kadangkala sukar untuk ditentukan sama kita bersahabat dengan manusia yang betul-betul mempunyai keinginan kearah kebaikan atau sebaliknya. Jika kita bersahabat dengan orang yang suka melakukan kesilapan kita juga turut besubahat melakukan kesilapan. Sebaliknya jika kita betul-betul mencintai sebuah kebenaran, hendaklah bermula dengan diri sendiri dahulu belajar menerima sebuah kebenaran walau pun pahit dan kelam akan sesuatu perkara itu. Sekiranya kita tidak mampu untuk menerima sebuah kebenaran yang pahit, janganlah kita menggap diri kita sebagai pencinta kebenaran, tetapi kita telah meletakkan diri kita kearah kepalsuan walaupun sekecil-kecil perkara.
     Ok disini dahulu apa yang dapat aku katakan jika terdapat kelemahan pada pandangan aku , nanti aku akan tambah ok. 

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1