KEPENTINGAN BERMAZHAB


         Saya akui saya tidaklah arif sangat pun tentang sesuatu perkara dalam agama islam kerana saya sendiri juga masih menuntut dan menunggu masa yang sesuai sahaja untuk saya terus belajar ilmu fardu ain, saya  ingin tulis akan kepentingan mazhab dalam hidup kita sebab ramai yang tidak tahu, akan kepentingannya dalam masyarakat islam di akhir zaman ini. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang apa yang saya tahu dalam kepentingan bermazahab. Jika dalam tulisan saya ini terdapat kekurangan saya memohon maaf kerana ilmu yang saya miliki juga ini adalah tersangat dangkal jika nak dibandingkan dengan golongan yang lebih arif. 

    Pentingnya kita bermazahab adalah kerana kita hendaklah mempunyai sandaran supaya di akhirat kelak jika kita ditanya Allah kepada siapakah sandaran bagi setiap amalan ibadah yang kita lakukan. Apa ya jawapan yang akan kita berikan nanti di padang mahsyar? Ingatlah wahai muslimin dan muslimat setiap apa yang kita lakukan kat atas muka bumi ini akan ditanya di akhirat kelak. Begitu juga dengan kehidupan kita yang harus mengikuti mazhab yang telah ditetapkan, kerana tidak ada lagi ulama mujtahid selepas ini. Selain itu kita seharusnya memahami makna setiap perkataan dalam agama agar kita tidak menyalahtafsirkan apa yang tersurat dan tersirat. Untuk memahami dengan lebih lanjut apa yang saya tuliskan ini, silalah bertanyakan kepada orang yang ahli akan sesuatu hukum, jika kamu dapati ia adalah bukan ahlinya, jauhilah daripada bertanya dengannya kerana ustaz zaman sekarang ini adalah ustaz pada nama, tapi tidaklah mahir dan arif tentang sesuatu hukum yang berlandaskan hukum syariat. Jika anda tidak faham akan ayat ini, anda akan jauh daripada landasan syariat Islam yang sebenar. Sebelum itu, fahamlah akan  cerita ini "#di zaman Rasulullah beliau yang mengajar sesuatu ilmu, lalu diikuti oleh para sahabat. Para sahabat akan bertanya terus kepada Rasulullah akan perkara yang boleh dilakukan atau tidak dalam islam. Mereka begitu taat kepada apa yang diajarkan kepada mereka. Selepas kewafatan Rasulullah, para sahabat begitu teliti dalam meletakkan sesuatu hukum agar tidak tersilap dan mereka begitu menjaga sunnah Rasulullah, sehinggalah mereka berjaya membuktikan Islam itu adalah agama yang benar. Pada zaman mereka kedudukan Islam dan perpaduan umat islam pada waktu itu sangatlah kukuh. Hal ini kerana mereka mempunyai ilmu fardhu ain dan akidah yang amat teguh dan tidak mudah luntur dengan pelbagai cubaan dan dugaan terhadap mereka seperti ada yang mengaku jadi diri nabi , sedangkan sebelum kawafatan Rasulullah, beliau telah memberitahu bahawa selepas kewafatan beliau, tidak akan ada lagi nabi dan Rasul#'. Hal ini kerana Nabi Muhammad merupakan Penghulu kepada semua nabi dan Rasul. Secara tidak langsung segala ilmu yang Nabi ajarkan kepada para sahabat adalah merupakan sandaran kepada mereka diakhirat nanti. Begitu jugalah dengan keadaan kita sekarang dan keadaan zaman sebelum kita. Mereka juga mempunyai sandaran masing-masing seperti ikatan tali yang tidak ada penghujungnya melainkan dengan terjadinya kiamat. Ramai yang tahu akan sejarah islam, setiap zaman yang dilalui mempunyai sandaran masing-masing. Begitu jugalah dengan kita hari ini, cuma kita tidak boleh bersanadkan lagi kepada zaman Rasulullah, tapi kita hanya boleh bersanadkan kepada 4 mazhab iaitu mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Hanbali dan Imam As-Syafei. Antara 4 mazhab ini sudah dipilih kawasan benua mana yang akan mengikuti salah satu daripada mazhab ini. Sebagai contoh Malaysia secara rasmi telah memilih mazhab Imam As-Syafei, sebagai sandaran kita dalam menjalankan amal ibadah seharian dalam kehidupan kita. Tapi apa yang pasti bila telah ditetapkan tidak mungkin akan berubah lagi menjadi mazahab Imam lain selain imam As-Syafei. Namun kita juga tidak boleh bersanadkan mana-mana Imam mengikut sesuka hati kita kerana setiap apa yang menjadi ikutan bermazahab kepada kita juga akan di soal diakhirat kelak. Tidakkah kalian semua tahu bahawa para 4 imam juga akan mencari mereka yang bersanadkan kepada salah satu Imam  diakhirat kelak. Oleh hal yang demikian, setiap aliran mazhab dalam islam haruslah setiap umat islam mempertahankan setiap sandaran mazhab  yang mereka gunakan dalam menjalankan  amal ibadah  kerana menjadi bukti diakhirat kelak.

     Selain itu, dalam islam yang sejati tidak ada istilah fahaman ektrimis atau pelampau bagi fahaman mazhab as-syafei, iaitu manhaj ahli sunnah dan jamaah al-asha'irah dan al maturidiyyah. Hal ini kerana akidah yang dibawa adalah bertepatan dengan yang dibawa oleh zaman para sahabat dahulu, iaitu pegangan akidah yang kuat mampu menghasilkan kejayaan yang gemilang seperti mana zaman kegemilangan islam pada zaman sahabat dan zaman era pemerintahan islam. Kekuatan pegangan akidah mampu untuk membangkitkan kegemilangan islam. Hal ini kerana akidah merupakan akal atau tunjang utama sebuah pengukuran sebagai umat islam yang sejati. Hancurnya sebuah kegemilangan pentadbiran islam kerana akidah umat islam begitu empuh untuk di musnahkan oleh musuh-musuh islam.

      Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam penulisan ini. Jika ada daripada kalian yang ingin menambah silakan di ruangan komen yang disediakan. Jika ada yang inginkan dalil atau bukti, harap apa yang saya tuliskan ini sila buat kajian sendiri, saya hanya menyampaikan apa yang saya faham dan yang saya ketahui. Saya juga merupakan manusia biasa dan lemah dalam segala hal. Tapi apa yang cuba saya sampaikan ini adalah perkara yang telah diketahui oleh mereka yang arif akan hal ini. Jika kalian tidak arif akan hal ini, silalah komen diruangan komen. 

Sekian daripada saya.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1