KETENTUAN MERUPAKAN SURATAN TAKDIR


Tiada apa yang harus dikatakan lagi seandainya itu pilihan dia , aku redha menerimanya dengan hati yang terbuka. Ya Allah, aku memohon kepada Mu ya Allah, tabahkanlah hati aku dalam mengahadapi ujian ini. Sesungguhnya aku redha dengan pemergiannya, aku cuba Allah walaupun hati aku sakit dan pedih menerima perpisahan ini. Sungguh bukan aku yang minta untuk terjadinya perpisahan ini, biarlah dia pergi dengan tenang. Ya Allah Engkau luputkanlah segala kenangan aku bersamanya dahulu daripada kotak ingatan aku. Cukuplah apa yang telah aku lalui ini.
   Siapa yang pernah alami perpisahan ini, berdoalah kepada Allah agar hati kita sentiasa tenang dengan pemergiannya. Yakinlah Allah itu ada, dan sesungguhnya setiap pertemuan itu akan ada perpisahan, oleh itu hendaklah kita sentiasa bersedia dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Aku juga dulu pun pernah gagal dalam percintaan. Kisah percintaan kami berakhir apabila aku dapat tahu rupa-rupanya dia yang curang di belakang aku, sampai hatinya melakukan itu kepada aku, ya aku akui ketika itu aku tidak pandai dan tidak berharta seperti kekasihnya, maklumlah aku ketika itu menghadapi banyak konflik dalam keluarga aku sendiri, menyebabkan aku terpaksa menggunakan kesemua duit simpanan aku untuk menampung perbelanjaan aku, ketika itu. Pada ketika itu juga dia menghadapi masalah kewangan, ya aku tahu aku tak mampu untuk aku tolong dia, sedangkan aku sendiri pun mempunyai masalah yang sama. Tidak bolehkah dia hanya bersabar sebentar untuk aku memperbaiki dan menstabilkan kedudukan kewangan aku pada waktu itu, tapi adilkah pada aku bila aku tidak mampu untuk membantunya tapi dia tinggalkan aku waktu aku betul-betul inginkan sokongan untuk aku teruskan kehidupan dan perhubungan ini. Tapi tak apalah apakan daya aku untuk mengubah suratan takdir yang tertulis ini kepada aku. Aku cuba untuk menerimanya dengan hati yang tabah. Sungguh hati aku sayangkan dia, dan waktu itu aku tidak sanggup kehilangan dia, tapi bila aku tahu dia mempunyai lelaki lain yang lebih berharta daripada aku, dia sanggup tinggalkan aku, dan sanggup menggadaikan maruahnya demi mendapat cinta lelaki itu. Sungguh aku terkilan dengan pemikiran segolongan wanita seperti ini, sanggup menggadai maruahnya demi mengejar kemewahan dalam kehidupannya. Tak pa lah aku redha dengan ketentuan Allah. Sekurang-kurangnya aku pernah menyintai seorang perempuan yang begitu cantik di mata aku, dan aku juga pernah ada wanita yang cantik rupanya tapi mempunyai kependekkan akal dalam memburu kemewahan.Disini aku dapat pengalaman walaupun kita yang setia dengan dia tapi belum tentu lagi kita akan menjumpai wanita yang cantik wajahnya itu akan setia dengan kita. Tapi aku juga igin luahkan rasa hati aku yang belum aku luahkan kepada dia, demi Allah aku tidak mencintainya hanya semata-mata kerana kecantikannya, tapi kerana hatinya yang sudi menerima aku pada waktu aku senang dahulu. Hal ini juga aku sedar, aku juga melakukan kesilapan dalam menafsirkan setiap tingkah laku manusia ketika kita berada diatas. Sungguh aku juga rasa menyesal kerana tidak berfikir dahulu sewaktu mengenali golongan hawa yang mempunyai wajah yang cantik ini. Tidak pernah aku terfikir waktu itu akan perhubungan kami ini akan berakhir dengan sebuah perpisahan. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pengalaman untuk menilai erti cinta pada kaca mata yang bernama wanita yang mempunyai wajah yang cantik dan. Betullah kata-kata ini, "jika cinta tidak didahulukan dengan cinta kepada Allah, cinta berasaskan nafsu tidak akan membawa kemana-mana sebuah perhubungan, sebaliknya akan membawa kepada sebuah kehancuran dan kekecewaan." Sekarang aku percaya dan yakin bahawa sesuatu yang didasari kerana Allah akan mendatangkan kebahagiaan tidak akan pernah dikecapi selama kita masih bernafas. Kat luar sana tu kepada sesiapa yang ingin memilih pasangan untuk teman hidup semati dengan kita, pilihlah atau carilah pasangan yang mementingkan keagamaan, tidak kiralah lelaki atau wanita carilah pasangan anda yang mempunyai pegangan yang kuat kepada agama, agar kehidupan yang bakal kita tempuhi akan membawa kebahgiaan. Apa yang saya coretkan kat sini adalah melalui pengalaman saya sendiri yang lalui, tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meniggal dunia, inilah kehidupan yang pernah aku lalui sebelum aku menyambung pelajaran aku di Unimap.

Ok disini juga aku ingin kongsikan kenangan aku semasa food festival ppipt 2016 dan keadaan ketika aku di jejantas Kuala Perlis. Kat bawah ini aku sediakan beberapa keping gambar. tapi aku nak pesan jika kalian semua singgah di Kuala Perlis jangan lupa untuk bergambar kat atas jejantas ni k. Gambar yang aku tunjukkan kat bawah ini adalah sebuah pemandangan semasa diatas jejantas Kuala Perlis.















Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1