TUNTUTAN KETELUSAN

    
Pada pagi yang indah ini telah pun aku tempuhi dengan jayanya, namun amat memenatkan, bilamana tempat kediaman aku ketiadaan air. Bukan niat aku untuk mengeluh di pagi hari ini, tapi ingin aku tanya kenapa ketiadaan air di block aku tidak di beritahu, dimanakah letaknya ketelusan pengurusan air di Unimap ini. Aku pun tidak faham kenapa tidak ada seorang pun yang datang tampil kehadapan untuk memberitahu hal ini kepada semua penghuni di Wang Ulu ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal  ini. Banyak aktiviti tergendala disebabkan ketiadaan air. Peperiksaan semakin hampir tapi aku satu pun belum sentuh lagi kerana banyak benda yang perlu diselesaikan. Tidakkah pihak pengurusan tahu pelajar ini memerlukan air untuk melancarkan proses pembelajaran dengan lancar. Dimanakah nilai kebertanggujawaban dalam organisasi Kolej Kediaman Wang Ulu. Mengapa hal ini boleh terjadi kepada Unimap sendiri. Sudah tentulah semua orang yang terlibat akan mendiamkan diri, selagimana tidak ada pelajar yang bersuara. Dalam skala 1-10 pihak pengurusan kediaman Wang Ulu hanya dapat diberi 2 sahaja , kerana banyak kekurangan dan kelemahan dalam pengurusannya. Secara jujurnya bukan niat di hati ingin mengeluh atau memburukkan pihak pengurusan Wang Ulu dengan ketiadaan air ini, tapi yang menjadi masalah adalah ketiadaan air tidak dibagitahu terlebih dahulu, dan pelajar tidak tahu dimanakah puncanya ketiadaan air ini.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1