PERNIAGAAN ADALAH SUMBER REZEKI
Semua orang sudah tahu akan perkara ini, bahkan ramai yang berniaga. Tapi sayanganya ramai yang tidak tahu untuk menguruskan perniagaan yang telah dijalankan itu dengan baik, makna saya kat sini ramai yang tidak tahu mengurus kewangannya, ada yang berniaga bertahun-tahun lamanya tapi masih tidak mampu untuk menjadikan perniagaan yang menjadikan duit bekerja untuk dia, bukan kita berniaga untuk duit. Bagi yang sesiapa yang berniaga mulalah daripada bawah, kerana banyak ilmu yang akan dapat jika kita bermula daripada bawah. Sungguh walaupun kita bermula daripada bawah biarlah apa orang yang nak kata. Bila dah dapat rezeki yang lebih sikit buatlah simpanan kerana melalui simpanan juga akan menyababkan kita mempunyai modal yang lebih. Disini ingin saya tekankan jika nak buat simpanan t, hendakalah mempunyai disiplin yang tinggi agar setiap simpanan yang kita buat tidak akan terusik. Saya cadangkan kat sini jika ingin membuat simpanan buka lah akaun dengan Tabung Haji kerana satu-satunya pusat kewangan yang menjalankan sistem islam. Betul dulu Tabung Haji di serang oleh orang tidak bertanggungjawab, jadi ramailah orang yang mengeluarkan simpanan masing-masing, tapi pada waktu itu jika ada yang mengeluarkannya tolonglah buat simpanan di Bank Rakyat. Bank Rakyat adalah sebuah institusi Bank yang telus dalam sistem bank di Malaysia. Tapi mesti akan ada yang bercakapkan" tidak ada pun yang mengatakan Bank Rakyat adalah yang paling telus di Malaysia. Disini saya ingin buktikan kepada meraka yang tidak tahu akan Bank Rakyat ini .
Gambar diatas adalah merupakan bukti sebuah kejayaan Bank Rakyat yang mampu untuk membina bangunan ini dalam kawasan KL Central. Jika sesiapa yang berjalan di KL Central akan bertemu dengan menara ini. Secara tidak langsung, Bank Rakyat telah mebuktikan ketelusannya dalam pentadbiranya. Bangunan ini adalah bangunan yang baru kepada Bank Rakyat dan menjadi HQ kepada Bank Rakyat sekarang. Bangunan yang megah ini juga telah membuktikan dalam pentadbiranya juga tidak mempunyai campur tangan orang politik. Jika ada campur tangan ahli politik dalam sebuah organisasi perbankan menyebabkan ketidaktelusan dalam pentadbiran. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan deviden yang dibayarkan oleh Bank Rakyat kepada pelangganya adalah lebih tinggi daripada bank-bank lain yang berada di Malaysia. Bank Rakyat juga merupakan sebuah bank yang 100% mengamalkan prinsip Islam dalam pernigaan yang dijalankan. Jika nak dibandingkan dengan negara maju jauh lebih baik daripada bank yang berada di Malaysia. Sebagai contoh di negara maju, dividen yang dibayar oleh setiap pelanggan adalah tinggi berbanding dengan Malaysia. Mengapa hal ini boleh terjadi kepada negara maju, kerana Malaysia banyak mengalirkan wang kepada poket pak-pak menteri. ( Fakta bukan auta) Bukan niat ingin memburukkan pak-pak menteri di Malaysia tetapi itu adalah andaian daripada penulis marhean seperti saya ini. Mengapa saya berkata sedemikian kerana cuba kita bertanya kemana perginya wang dalam negara, adakah ianya di salurkan kepada yang hak. Jawapannya mesti tidakkan atau jawapannya mesti mengarutkan. Oleh itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia berdiamlah diri anda bila diri anda dianiaya. Jangan bertindak dengan melakukan apa-apa ya. Sebaliknya diamlah kerana rakyat merhean tidak mampu bersuara.
Ok apa yang saya tuliskan diatas adalah sebagai cadangan kepada peniaga kecil yang ingin membuat simpanan di bank. Anda semua dinasihatkan supaya mengkaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu seandainya anda semua mahukan simpanan anda adalah berteraskan Islam atau konvesional. Di sini saya ingin kongsikan jika anda mahukan keberkatan dalam hidup carilah sumber rezeki yang halal. Jika anda adalah merupakan seorang islam yang sejati seperti yang saya nyatakan dalam blog sebelum ini iaitu bertajuk "mengenali ahli sunnah waljamaah adalah sebagai umat islam yang sejati". Jadi jika anda adalah merupakan islam yang sejati hendaklah memilih Bank Rakyat sebagai tempat pelaburan yang terbaik di Malaysia. Apabila anda telah menyimpan dengan berdisiplin yang tinggi anda bolehlah menggunakannya pada perniagaan anda dengan meluaskan empayar perniagaan anda. ambillah seberapa banyak masa untuk anda menyimpan dan bersabarlah kerana setiap apa yang anda tempuhi itu akan menghasilkan kejayaan pada masa akan datang .
Kebanyakan orang melayu apabila melihat bangsanya lebih kaya daripada dia , maka dia akan memburukkan sesama dia , malah sanggup bertindak dengan niat ingin menjatuhkan bangsanya sendiri. Mengapa hal ini terjadi kerana hati mereka penuh dengan perasaan dengki dan tamak haloba. Jika tidak percaya dengan kata-kata saya ini lihatlah disekeliling anda siapa yang berniaga secara kecil-kecilan semuanya bangsa Melayu yang paling sedih orang Islam mereka langsung tidak dibela dalam perniagaannya malah mereka ditindas oleh bangsa sendiri. Jika ditanya kepada mereka mengapa mereka melakukan perkara itu sudah mesti dia orang akan berkata dan menuduh dia memusnahkan mata pencarian dia selama ini.
Comments