Sebuah Kejujuran
Kejujuran ini akan datang bila hati manusia itu takut kepada azab Allah. Banyak dizaman sekarang ini, manusia tidak pernah untuk berlaku jujur dalam diri masing-masing. Ya ramai orang tahu makna sebuah kejujuran tapi tidak mampu untuk melaksanakannya kerana dalam kejujuran itu mempunyai rasa pahit atau manis. Ramai orang yang tidak mahu langsung untuk menerima kejujuran yang pahit kerana hati seseorang itu mungkin akan sakit atau kecewa. Bila mana kejujuran yang pahit itu datang kepada orang yang akan sakit hatinya, orang itu tidak akan menerimanya dengan hati yang terbuka malah mendatangkan api kemarahan. Oleh itu jika hal itu berlaku perbanyakkanlah mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah hati yang sakit tadi akan menjadi tenang dan mampu untuk bersabar. Namun dalam dunia hari ini ramai yang tidak mampu untuk melakukan sedemikian itu . Hal ini kerana manusia pada hari ini ramai yang mengikut kata nafsu dan syaitan untuk terus menghukumnya kepada yang bersalah. Mengapa hal ini terjadi?? Hal ini terjadi kerana manusia lupa akan setiap ketentuan-Nya terhadap sesuatu kejadian yang mungkin ada hikmah. Faktor kelemahan iman juga turut mempengaruhi seseorang itu menjadi pengikut setia syaitan dan nafsu. Jika kita lihat pada hari ini ramai ahli politik yang terbabit dengan rasuah, penipuan dan lain-lain perkara yang tidak baik pada sisi syariah islam . Tengoklah pada sebuah pentadbiran atau organisasi yang berhampiran dengan kita, kebanyakan mereka adalah yang tidak pernah jujur akan setiap apa yang diamanahkan kepada mereka. Hal ini kerana ketamakan manusia pada harta dunia yang tidak membawanya kepada sebuah keberkatan, malah membawa sebuah kehancuran kepada mereka kerana tidak ada kejujuran dalam setiap individu masing. Tapi semua itu tidak mampu di bantah oleh sesiapa pun kerana kuasa duit yang ada pada mereka itu telah menggerunkan hati-hati manusia yang tidak mempunyai harta dan kekayaan. Dan tidak ada sebuah organisasi guaman pun untuk melindungi dan mempertahankan mereka yang tertindas oleh mereka yang berkuasa dengan kezaliman. Hal ini berlaku diperingkat dunia. Bukan sahaja kepada Malaysia. Banyak cendikiawan yang bijak pandai akan sesuatu ilmu yang dipelajari, tapi dimanakah ilmu yang telah dipelajari tetapi tidak dapat digunakan kepada diri mereka sendiri malah ilmu itu hanya tersimpan rapi dalam kotak fikiran masing-masing. Coretan ini hanya sebagai renungan dan pandangan untuk kita terus berfkir secara logik dan rasional kepada diri kita.
Comments