SEMBANG KENDIRI

Setelah sekian lama mencari dan mencuba sesuatu yang baru, hari ini dapat aku ketahui bahawa tajuk juga adalah penting dalam sebuah penulisan. Aku memang lupa tentang tajuk kerana aku terlalu memikirkan apa yang harus aku tulis dalam blog. Dan sekarang alhamdulillah aku sudah pun mempunyai sedikit kemahiran. Cuba dahulu baru kita tahukan. Sekarang aku hanya perlu menulis apa yang ada dalam hati aku ini, dan apa yang berlaku kepada aku. Perlu ke? hahahaha. Apa-apa pun aku bersyukurlah kepada Allah kerana Dialah yang tempat aku  bekongsi luka dan lara dalam hati. Disini aku berasa senang sangat bilamana aku dapat mengetahui sesuatu benda dengan belajar sendiri dan bertanya kepada orang yang pandai. Disini aku juga ingin memberitahu sedikit tentang diri ini. Secara jujurnya, aku tidak suka dengan mana-mana parti politik di Malaysia ini. Aku lebih suka kepada kebebasan. Jadi apa yang aku tulis dalam blog aku ini adalah bukan niat untuk menghentam sesiapa pun, cuma aku ingin mengemukakan sebuah kebenaran yang disembunyikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab diatas apa yang mereka lakukan. Tak kiralah sesiapa pun janji benda itu di tampilkn kehadapan dan melakukan sebuah kebenaran dalam apa jua sekali pun. So jika ada pembaca yang membaca blog aku ini, boleh memberi pandangan dan nasihat jika apa yang aku tuliskan dalam blog ini ada yang kurang menyenangkan. Ohw ya aku juga terlupa sekarang dah nak dekat bulan ramadhan , tinggal lagi berapa hari je lagi untuk umat islam menyambut bulan Ramadhan. Aku persediaan untuk exam pun belum buat apa-apa lagi weh. Aku tak tahu lah bila aku boleh nak mula nya . Adoi apalah nak jadi dengan aku ni weh. Aku pun  tak tahu. Hahaha.   

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1