KECINTAAN TERHADAP KEBENARAN
Ramai yang tahu akan erti kebenaran, tetapi ramai yang tidak mampu untuk menyatakan sebuah kebenaran. Sebelum ini saya pernah menulis akan sebuah kejujuran, tapi kali ini saya menulis lagi tentang kecintaan terhadap kebenaran. Bukan niat untuk saya mengajar atau memberi kesedaran tapi disini saya hanya memberi pandangan kerana ramai orang yang tahu akan kebenaran tapi tidak tahu untuk melihat akan sebuah kebenaran. Mungkin akan ada orang yang cakap alah,"kebenaran konon, ko pun tak faham akan sebuah kebenaran, ko tak faham dan tak tahu apa-apa pun". Pernah tak kalian mendengar akan ayat sebegini. Kebiasaannya manusia yang selalu berbicara seperti ini adalah mereka yang telah melalui banyak kepahitan dan kekecewaan. Di dunia ini manusia diberikan pelbagai keinginan tetapi tidak mampu untuk dicapai kerana terdapat banyak halangan dan dugaan untuk mencapainya.
Tetapi manusia yang berharta dan mempunyai pangkat sanggup melakukan apa sahaja yang dinginkan asalkan matlamat dan keinginannya tercapai. Tidak kiralah matlamat itu berlandaskan syariat atau pun tidak asalkan hatinya puas. Namun manusia mudah lupa tidak kiralah sesiapa pun asalkan bergelar manusia, setelah apa yang dikecapi masih juga tidak dapat memuaskan hatinya kerana masih terdapat kekurangan dalam apa yang dikecapi dan setiap apa yang dikecapi itu terdapat banyak kelemahan. Hal ini jelas di buktikan pada keadaan sekeliling kita, sebagai contoh orang yang telah memiliki kekayaan masih ingin memiliki kakayaan yang lagi banyak, sedangkan apa yang telah di milikinya telah cukup melambangkan dia telah tergolong dalam golongan orang yang kaya. Tapi mengapa mereka masih merasa tidak cukup lagi dengan apa yang mereka miliki. Hal ini di sebabkan dia melihat kepada orang yang lebih kaya daripada dia, sebaliknya tidak langsung melihat orang yang miskin daripada mereka. Hal ini menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuklah pembohongan, pemalsuan dokumen, fitnah dalam kalangan ahli sendiri, malah banyak lagi pembohongan.
Kebanyakan mereka adalah tergolong daripada mereka yang berharta dan tamakkan harta. Mereka juga tidak menyintai akan sebuah kebenaran kerana kebenaran akan menyebabkan mereka tersungkur disebalik pangkat yang di pegang oleh setiap manusia yang berpangkat. Mengapa tidak ramai orang yang berbincang akan sebuah kebenaran. Kebiasaannya orang yang berpangkat akan takut jika kita sebagai rakyat menyebutkan isu kebenaran. Hal ini kerana kebenaran akan membuktikan sejarah yang telah disembunyikan daripada khalayak ramai. Mungkin sebab ada dalam kalangan kita yang tidak mampu untuk menerima sebuah kebenaran. Cuba kita bertanya kepada setiap pak-pak Menteri di Malaysia bahkan di seluruh dunia sekalipun tidak mampu untuk berhadapan dengan kebenaran. Tidak ketinggalan juga orang yang dalam beragama, mereka juga tidak mampu untuk bercakap akan sebuah kebenaran. Jika kita dalam agama Islam yang sejati sudah mampu akan melihat akan sebuah kebenaran yang disembunyikan.
Mengapa timbulnya pelbagai fahaman di Malaysia ini kerana mereka cuba ingin menutup akan sebuah kebenaran yang begitu pahit untuk ditelan oleh mereka yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka yang pernah melakukan keburukan. Saya tidak nafikan setiap manusia juga akan melalui semua kepalsuan dalam hidupnya. Hal ini hanya bergantung kepada keadaan yang dilalui dan apa yang ditangung. Disini kita ada dua pilihan sahaja untuk menegakkan kebenaran iaitu berkaitan isu penindasan dan juga kebenaran dalam agama, agar kita tidak terpedaya dengan manusia yang rakus dan tamatkan harta keduniaan semata-mata.
Coretan ini bukan bermakna sayalah orang yang sentiasa berada dalam keadaan yang baik sahaja. Tidak saya juga adalah manusia biasa . Namun sebagai manusia, penulisan ini adalah sebagai pandangan supaya para pembaca yang lain juga turut mencintai akan sebuah kebenaran. Hal ini kerana sebuah kebenaran mampu untuk menjadikan sebuah negara bangsa yang maju dan cemerlang di mata dunia.

Comments