Kenapa Harus Takut Dengan Sebuah Kritikan?
Kritikan merupakan sebuah kata-kata yang membina dan pemberi semangat kepada kita untuk terus berjuang atau untuk terus kita bangkit daripada sebuah kekecewaan atau kegagalan. Pada pandangan saya kritikan adalah perkataan yang dikeluarkan oleh seorang individu yang berunsur negatif atau positif. Jika kita mengambilnya dari sudut negatif kita akan kurang bersemangat untuk melakukan kebaikan. Malah menyebabkan kita sentiasa takut untuk bertindak dengan rasional. Bagaimana untuk kita mengahadapi kritikan yang negatif. Antaranya cuba kita menilai balik apa yang kita lakukan itu adalah perkara yang benar atau salah. Jika kita dapati tindakan kita itu adalah salah kita seharusnya memperbetulkannya dengan melakukan perkara yang lebih baik. Contoh yang mudah jika anda ingin menjadi seorang Ustaz. Anda haruslah mengetahui syarat untuk menjadi ustaz iaitu, seorang individu itu haruslah mempunyai dan beramal dengan ilmu yang dipelajari, ilmu yang harus ada pada seorang ustaz adalah, ilmu tauhid, usuluddin dan tasawuf. Jika tidak memiliki ketiga-tiga ilmu ini, janganlah kalian semua memanggilnya sebagai ustaz, tapi bolehlah kalian menggunakan panggilan seperti orang biasa seperti encik atau cik, bagi perempuan yang dah kahwin panggil Pn. Saya berkata demikian kerana kebanyakan orang ramai yang arif hanya satu ilmu sahaja, seperti Ilmu tasawuf sahaja. Hal ini bermakna dia bukan layak untuk dipanggil seorang ustaz atau ustazah, Tetapi dia juga adalah orang biasa dan merupakan ahli kepada ilmu tasawuf. Mengapa saya berkata sedemikian kerana dia belum mencukupi ilmu untuk mengajar kepada kalian tentang sesuatu yang berkaitan dengan agama islam. Hal ini kerana setiap orang Islam yang sejati wajib mengetahui akan ilmu fardhu ain yang telah saya perkatakan tadi, walaupun hanya pada asasnya sahaja supaya akidah kita tidak terpesong dari landasan manhaj ahli sunnah dan al jamaah al-asha'irah dan al-maturidiyyah. Selain daripada itu diri kita juga merupakan alat untuk menyampaikan sesuatu yang benar jika kita juga mengetahui akan perkara yang benar. Andai kata pengkritik itu adalah datangnya daripada musuh, hendaklah kita memilih untuk bersabar dalam melakukan sesuatu tindakan, agar perkara yang akan kita lakukan itu akan menjadi tanda aras orang yang bernar. Pedulikanlah kepada mereka yang tidak pernah senang dengan anda kerana anda merupakan makhluk yang terpilih untuk mendapat kasih sayang Allah. Zaman sekarang ini manusia tidak perlu takut kepada ancaman manusia, tapi haruslah kita takut dengan azab Allah. Adakah kalian semua tahu pada hari ini Kuala Lumpur juga dilanda ribut yang kuat.
\
Gambar diatas merupakan bukti apa yang telah saya perkata sebentar tadi. Lihat bagaimana azab Allah menimpa ke atas mereka yang berlaku zalim dan maksiat di atas muka bumi ini. Hal ini membuktikan sebuah kesabaran ke atas orang yang dizalimi serta merupakan pembalasan akibat maksiat yang mereka kerjakan. Secara tidak langsung jelas membuktikan kebesaran Allah. Ada lagi contoh yang menarik untuk tatapan pembaca. Gambar yang ingin saya tunjukkan kepada pembaca juga berkisarkan kepada kenapa kita perlu takut pada kritikan.
Gambar yang pertama diatas adalah orang yang menyatakan sebuah kebenaran dan dia mendapat kritikan sebagai pondan. Jika diteliti perlu ke,kita melihat kepada sesiapa yang bercakap asalkan apa yang di bicarakan itu adalah merupakan sebuah kebenaran yang pasti. Mengapa orang ini dikritik sedemikian, salahkah kalau dia bercakap akan hal yang benar. Perlukah untuk kita melihat siapa dia yang bercakap? Mengapa harus kita menilai dahulu siapa yang bercakap? Adakah kita juga mempunyai ilmu seperti mana budak aiman aniq ini bercakap? Di manakah nilai sebagai seorang muslim yang sejati pada diri kita seandainya kita memilih siapa yang bercakap? Sedangkan nilai seorang muslim yang sejati adalah tidak akan mengira siapa yang bercakap asalkan apa yang dibicarakan adalah benar. Jika kalian adalah seoarang muslim yang sejati, akan mempunyai daya pemikiran yang positif dan sentiasa mengkaji terlebih dahulu akan sesuatu perkara agar tidak terpesong akidahnya sebagai seorang beriktikad yang kuat kepada manhaj ahli sunnah dan al-jamaah al-asha'irah dan al-maturidiyyah. Mengapa umat islam dulu begitu kuat dan maju? Jawapannya adalah kerana mereka mempunyai pegangan akidah yang kuat. Jika kalian semua tidak percaya boleh lihat semula sejarah kegemilangan islam yang terdahulu. Apakah tunjang utama kekuatan yang mereka miliki? Kajilah sedalam mungkin akan apa yang saya perkatakan ini kerana dengan kajian yang terperinci anda akan menemui sebuah jawapan yang pasti. Oleh hal yangt demikian tidak perlulah kita takut akan sebuah kritikan, sebaliknya jadilah sebuah kritikan itu sebagai pendorong kekuatan kepada kita.
Sebagai renungan dan tatapan minda kita bersama.
Comments