Mengenai Blog Aku
Assalamualaikum semua , lama dah aku tak menulis dalam ini, hari ini aku terasa ingin menulis kerana aku ingin ceritakan sedikit apa yang berlaku sepanjang aku menulis dalam blog, sepanjang aku mula mengenali blog, pada mulanya aku tak mahu kawa-kawan aku yang lain tahu yang aku ini blogger kerana bagi aku blog aku ini tidaklah untuk mencari populariti tapi, aku menulis hanya untuk melepaskan apa yang aku rasa sahaja, aku juga ingin melakarkan sejarah tentang diri aku , dan ingin berkongsi apa yang aku tahu. Tu sahaja kot tujuan aku, tiada niat aku pun untuk mendapat populariti.,Ada kawan aku sorang ni, cakap " blog aku ini tak menarik dengan tajuk yang aku tulis " aku pun diam kan diri sahaja, tapi kalau ikutkan hati aku ni nak je cakap aku menulis blog ni untuk tatapan sejerah dalam hidup aku, aku tak suruh pun kau baca, ada aku cakap kat kau, bacalah blog aku tu, setahu aku tidak pernahlah pulak aku suruh dia baca, yang hang nak p baca blog aku tu kenapa? ( itu yang hanya aku mampu luahkan dalam hati aku pada waktu tu, kerana aku tahu jika aku melawan pasti akan menimbulkan hal yang tidak senang, so aku diamkanlah ) jadi aku tulis lah dalam ni je...... hehehe........ walau apa pun aku tetap happy dengan apa yang aku tulis ini , sebab aku rasa puas apa yang terbuku dalam hati aku, jadi bila mana tak ada kawan-kawan aku yang rapat denga aku baca boleh lah aku mengkritik apa -apa tentang dia tanpa mengaibkan....nama orang tu biarlah menjadi rahsia pada aku sebab aku ni bukan nak jadi penulis cerpen atau seangkatan dengannya aku cuma nakkan kelainan daripada orang lain....hehehe apa yang aku tuliskan ini biarlah tidak menjadi popular seperti orang lain pun, wahai kawan aku disini aku tidak memerlukan kalian mengenali aku cukuplah aku membantu kalian salegi aku mampu untuk menolong kalian. Lagi pun aku rasa sudah cukup bagi aku dengan mempunyai sahabat yang baik dan sentiasa menyokong aku di belakang, aku tidak memerlukan kawan yang banyak tapi tidak berkualiti, tapi aku memerlukan sahabat yang sedikit tapi berkualiti. Itu yang aku perlukan dalam hidup aku. Next time kalau kawan-kawan aku nak mengata pasal blog aku ini , aku dah tak hairan dah pun, kerana bagi aku setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing. So move on lah dengan apa yang kita miliki dan bersyukurlah, kerana setiap apa yang kita miliki itu adalah kurniaan daripada Allah. Setakat ini sahaja yang mampu aku tulis tentang blog aku ini. Ok lah papai.
Comments