Posts

Showing posts from July, 2016

TUAN GURU HAJI .SALLEH BIN MUSA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. 22/7/2016 JAM:8.15 PM

Image
Innalillah.............. Allah telah memakbulkan permintaan Tuan Guru iaitu nak mengajar sehingga meninggal dunia. Siapakah Insan istimewa ini? Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Tarikh lahir : 08.02.1929 Ayah : Tn Guru Hj Musa Bin Salleh Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad Tempat lahir : Pekan Sik Kedah Bil Adikberadik : 8 orang Anak ke : 3 Pendidikan :  1. Sek Rendah Keb Sik ( dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru sekejap sahaja di sana) 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah 3. Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka di antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al-Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Maliki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan Syeikh muktabar lain. Berkahwin dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Tn Guru m

Sembang Santai 1

      Assalamualaikum semua kepada pembaca, mesti tertanya-tanyakan mengapa saya tulis sembang santai 1, kalau nak tahu, mestilah baca blog ni, hehehehe..... ok apa yang nak disembangkan pada hari ini adalah berkaitan "makanan" "ialah tajuk yamg remeh je, makan je lah apa yang boleh dimakan , jangan nak memilih sangatlah", mesti pernah dengar dengan ayat macam nikan, atau macam-macam ayatlah yang boleh diperkatakan, tentang makanan ni kan,  ok sebenarnya saya ada benda yang nak dikongsikan kepada pembaca semua tentang makanan ni, entahlah sama ada secara sedar atau tidak, saya tidak tahu, sama ada pembaca semua dah tahu atau pun tidakkan, mesti ada yang dah tahukan tentang ini, kalau ada yang dah tahu Alhamdulillah.          Kalau yang belum tahu tu, mesti kena ambil tahu, terutamanya orang Islam, mesti wajib tahu, owh ya kat sini saya hanya nak fokuskan tentang masakan nasi je yang sebenarnya, kenapa saya tekan masakan nasi sebab nasi merupakan makanan asas oran

Tanda Peringatan kepada Diri Dan Semua Pembaca Mengenai Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa ,malaikat yang lain. Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan  siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab . Lalu Dia sendiri yang menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa." Hal ini menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan, seterunya meniup sangkakala untuk kali yang ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama Padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi"  yang berada dihujung tulang be

Ucapan Selamat Hari Raya dan coretan blogger

     Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pembaca, jika ada parantau yang baru boleh balik kampung pada hari ini saya berharap pulanglah dengan selamat elakkan diri memandu dalam keadaan penat, agar pulangnya anda semua ke kg halaman dapat disambut oleh orang yang tersayang, jika ada yang perantau dalam perjalan balik ke KL sila pastikan anda memandu dengan behemah agar kita mampu mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak kita inginkan, so selamat memandu, ingin saya kongsikan kat sini apa cita-cita saya selama ini, iaitu ingin menjadi seorang pensyarah yang di hormati dan disayangi oleh semua pelajar hehehe... tapi saya tidak tahulah cita-cita-saya ini dapat direalisasikan ataupun tidak, semuanya saya serahkan kepada Allah sahaja. Sungguh saya juga insan yang lemah, yang tidak mempunyai banyak kelebihan, hanya insan yang biasa, yang hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja... barulah saya faham betapa kerdilnya saya ini...Ya