Ucapan Selamat Hari Raya dan coretan blogger
Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pembaca, jika ada parantau yang baru boleh balik kampung pada hari ini saya berharap pulanglah dengan selamat elakkan diri memandu dalam keadaan penat, agar pulangnya anda semua ke kg halaman dapat disambut oleh orang yang tersayang, jika ada yang perantau dalam perjalan balik ke KL sila pastikan anda memandu dengan behemah agar kita mampu mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak kita inginkan, so selamat memandu, ingin saya kongsikan kat sini apa cita-cita saya selama ini, iaitu ingin menjadi seorang pensyarah yang di hormati dan disayangi oleh semua pelajar hehehe... tapi saya tidak tahulah cita-cita-saya ini dapat direalisasikan ataupun tidak, semuanya saya serahkan kepada Allah sahaja. Sungguh saya juga insan yang lemah, yang tidak mempunyai banyak kelebihan, hanya insan yang biasa, yang hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja... barulah saya faham betapa kerdilnya saya ini...Ya Allah tolonglah aku ya Allah....aamiin.
Lamakan saya tidak menulis tentang diri saya, owh ya sebelum terlupa, kenapa manusia tidak boleh faham, apa yang cuba saya sampaikan, kenapa susahnya untuk saya menjelaskan apa yang terjadi kerana jika saya terangkan pun masih belum faham, itulah manusia yang pernah saya jumpa sebagai kawan saya sebelum ini, tahukah di sebalik apa yang sedang saya alami, hanya saya sahaja yang menanggung, bukannya hang, hehehe teruk betulkan dengan kawan aku yang seorang ini, dahlah aku ni jenis tak boleh nak jelaskan apa yang berlaku jika membabitkan dengan maruah orang, nak-nak pulak kita bercerita pasal orang, ada orang tak kisah pun bercerita keburukan orang lain, tapi tidak pada aku, aku tidak mampu, kerana aku takut orang juga akan bercerita akan keburukan aku dibelakang aku.... ya aku faham.. dan aku akan cerita tentang seseorang walaupun keburukan hanya dengan orang yang betul-betul aku percayai, dan orang itu tidak lain adalah sahabat yang setia dengan aku je, yang menyayangi diriku sebagai sahabatnya, sahabat yang betul-betul memahami diri aku, baru aku berani untuk bercerita keburukan seseorang, kalau dalam penulisan ini aku hanya bercerita secara umum, walaupun umum, saya percaya apa yang dituliskan ini pasti akan memberikan kesan kepada pembaca walaupun saya tidak nyatakan nama sesiapa biarlah ianya menjadi rahsia dalam diri saya hehehe.
Cuba tanya pada diri sendiri ada tak kita menceritakan keburukan orang lain kepada kawan-kawan kita, hanya semata-mata kita tidak berpuas hati dengan dia. Pada pandangan saya alangkah baiknya jika kita berdepan dengan dia , dan tanya dia elok-elok, in shaa allah lepas ini dia tak akan buat lagi dah kat kita macam tu, seperti yang saya pernah buat pada seseorang kawan yang satu bumbung dengan saya semasa saya di sem 2. Sampai sekarang dia dah tak buat lagi dah apa yang saya tak suka, hehehe sebabnya dia faham, kadang-kadang orang yang berdepan dengan kita takkan pernah faham dengan apa yang kita lalui, dengan apa yang kita miliki, semua itu tidak akan ada orang yang tahu, melainkan kita sendirikan yang tahu, apa yang pernah kita lalui...so langkah terbaik yang pernah saya buat dengan abaikan jelah, dan mengalah lah, mungkin dengan itu kita dapat mengelakkan kita mempunyai musuh serta dibenci orang. Tapi saya juga hairan, walaupun saya dah mengalah, masih lagi ada orang tidak suka dengan cara saya, saya pun dah tak tahu dah nak jaga perasaan setiap orang penat dah hehehe, walau apa pun saya hanya ingin mengejar cita-cita saya je lah sebagai pensyarah...
Saya dah tak peduli lagi dah apa orang nak kata atau nak membenci saya pun, janji saya tak kacau orang, tapikan orang lain lak yang kacau saya.... hehehe kadang-kadang pelik dengan perangai manusia nikan... semua yang kita buat ada je yang tak kena....lastly saya hanya diam, dan buat tak tahu jelah, senang je kan nak selesaikan....hehehe, lagi satu saya nak cerita kat tempat saya belajar sekarang susah nak cari sahabat yang betul-betul faham saya, dan menghormati saya... ia lah saya pun manusia biasa gak, bukannya malaikat yang tidak ada perasaan, ada tu ada tapi belum cukup untuk didekati dan disayangi seperti mana sahabat saya di Pandan Indah Kuala Lumpur, serius walaupun dia orang tu semua dah berumur dari saya tapi mereka masih boleh jadi sahabat yang baik kepada saya, malah saya amat menghargai sahabat saya yang berada di Pandan Indah,, emm maaf dalam ramai-ramai kawan saya kat tempat saya belajar hanya ada seorang je yang boleh faham saya tau hehehe tapi saya tak berani nak rapat dengan kawan saya yang seorang ini, sebab kadang-kadang saya tak berapa nak faham, oklah xpelah yang tu, biarlah rahsia saya siapa dia orangnya hehehe...
Heh lupa lak saya ada beberapa kenalan di Uitm Shah Alam, serius diaorang saya rasa boleh dibuat sahabat, tapi saya taknak nyatakan sesiapa mereka itu , biarlah mereka tahu siapa mereka dengan saya,... sungguh saya sayang sangat dengan sahabat-sahabat saya yang belajar di Uitm Shah Alam, dia orang semua sangat memahami saya walaupun hanya sekejap sahaja kami berkampung, tapi saya rasa tenang dengan mereka hehehe,,, nak-nak pulak ada yang saya pernah berjanji untuk sambung Master sekali dengan dia hehehe, In Shaa Allah, jika suatu hari di izinkan Allah, saya tak berani cakap sebab masa panjang sangat tu hehehe, lagi pun apa-apa boleh berubahkan...so baik serah je pada Allah kerana saya yakin sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Oklah setakat ini sahaja lah coretan untuk kali ini, harap kepada pembaca dapat memberi komen apa yang saya bincangkan kat ruangan komen k, owh ya jika terdapat kelemahan dalam penulisan ini , harap maaf k....
Comments