TUAN GURU HAJI .SALLEH BIN MUSA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. 22/7/2016 JAM:8.15 PM
Innalillah..............
Allah telah memakbulkan permintaan Tuan Guru iaitu nak mengajar sehingga meninggal dunia.
Siapakah Insan istimewa ini?
Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa Bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adikberadik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik ( dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru sekejap sahaja di sana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3. Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka di antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al-Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Maliki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan Syeikh muktabar lain.

Berkahwin dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hjh Sofiah bt Hj Awang. Pada tahun 1964 Tn Guru pulang ke tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik. Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang. Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir. Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negeri Kedah Darul Aman. KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran, diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-raja Ust Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobatkan Tokoh Ilmuan Daerah Sik oleh Pegawai Daerah Sik. SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN, JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DAHULU IN SHAA ALLAH. Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau: Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan), Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir), Habib Kazim (Yaman), Habib Abdullah (Jeddah), Syeikh Habib (Jordan). Saudara yang saya kasihi , Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah kerana beberapa faktor ketokohan beliau, di antaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dalam kalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah.
Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam Melayu sekarang, seluruh pelajar pondok, seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hji Salleh.
Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah, mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah mingguan beliau setiap hari jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir. Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah di dalam Kedah, hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang. Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai yang suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "kamu semua kena (perlu) pakai (ikut) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik".Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak di dalam negara Malaysia yang kita cintai.Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang guru mulia beliau di Makkah iaitu Syiekh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail (Pak Da Eil). Fikiran beliau sangat terbuka. Beliau merupakan tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia di peringkat pusat dan negeri. Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk kepadanya"
Pesanan Tuan Guru Hj Salleh Musa
"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja..Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TUAHID ..lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH..lepas tuu pi mengaji ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya , jika Allah SWT sendiri pun hangpa tak kenal .. Macam mana nak kenal Allah SWT jika takmau ngaji ilmu TAUHID .. Sebab tak kenal Allah SWT lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang..Ada ilmu Hadis, tapi ilmu Tauhid takdak...Punah habis semuanya...
Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA..kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. JAngan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atasdari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh , mampuih.. Kalau nak naik ikutlah turutan yang betul ..Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..
Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH .. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita..Sekarang ni , ulama'-ulama' tua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama'tua yang masih hidup.. Sementaradepa masih ada lgi ni, pi lah dampingi depa.. Pi dudukdalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa , in shaa Allah , Allah SWT akan bantu.."
Inilah kata-kata yang terakhir daripada Tuan Guru Haji Salleh....jadikanlah kata-kata ini sebagai nasihat yang berguna kepada kita semua In shaa Allah.

Gambar diatas adalah semasa pengkebumiannya...
Maka hari ini kita sekali lagi kehilangan seorang mutiara pewaris Nabi..Sedekahkan alfatihah....coretan ini juga amanat daripada seorang ustaz...
Comments