"Malas"
Mesti tertanya-tanyakan mengapa saya menulis perkataan "malas" kerana saya juga seorang yang pemalas sebenarnya, tapi sampai bila kita akan malas untuk menunaikan setiap tanggungjawab ke atas diri kitakan. Pernah terfikir tak kenapa kita rasa malas sangat dalam masa satu hari, macam saya ni malas hari-hari dah, tengoklah report li pun belum siap lagi ni, entahlah , tak tahu nak buat bila laginya...sedarkah kita setiap yang manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawabnya yang sendiri.Jika kita seorang muslim, tanggungjawab yang utama adalah menunaikan solat. Solat adalah tanggungjawab kita kepada Allah. Pernah terkifikirkah kita tentang solat dalam kehidupan kita, adalah merupakan tanggungjawab? Jika kita pernah terfikir, tentang solat, cuba kita tanya mengapa aku tidak solat tepat pada waktunya, sedangkan kelebihan solat di awal waktu sudah kita ketahui.
Dimanakah silapnya kita dalam hal ini? masih adakah orang yang boleh memberi jawapan dimanakah silap kita jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab ini tepat pada waktunya?sudah tentu tidak akan ada orang yang berani menjawabnya dengan jujur, jika soalan ini diajukan kepada umat islam yang masih ingat akan tanggungjawabnya ini, dan masih sayang kepada tanggungjawanya ini. Jangan kita pernah bertanya kepada orang yang tinggal solatnya kerana orang yang suka meninggalkan solatnya adalah mereka yang begitu banyak memberi alasan dalam hidupnya. Mengapa saya berkata sedemikian kerana melalui pengalaman saya berkawan dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini, kebanyakan mereka memberi alasan yang tidak masuk diakal . Oleh hal yang demikian kita jangan sesekali bertanya kepada mereka yang suka tinggalkan solat. tanyalah kepada mereka yang masih menjaga tanggungjawabnya kepada Allah. Ok itu baru bab solat.
Kadang-kadang siapa pernah alami malas nak turun bila berada ditingkat atas , bila berada ditingkat bawah, malaslah pula nak naik kat tingkat atas. Jika ada sila tinggalkan diruangan komen dibawah ini ya, kita adalah sama hehe. Ok by the way, siapa yang pernah rasa, malas nak makan nasi, ni, macam saya sendiri, saya sanggup berlapar asalkan saya dapat tidur dengan lena tanpa ada gangguan..serius, bila malas tu, ya Allah tuhan sahaja yang tahu, macam mana perasaan malas tu kan...hehehe. Banyak benda yang dalam hidup kita rasa malasnya rasa nak buatkan. Pernahkah kita tertanya di manakah datangnya sikap malas ini dalam hidup kita? Pernahkah kita mengkaji dimanakah puncanya? sudah tentu tidakkan, kerana kita menganggap hal ini perkara kecil je...Cuba bayangkan betapa ruginya kita , jika kita tahu, sikap malas ini mempunyai banyak keburukan kepada diri kita, antaranya jika kita berada dalam zon belajar, kita akan ketinggalan dalam banyak halkan, disebabkan satu faktor sahaja iaitu penyakit malaskan. Perasan tak?
Mesti tertanya-tanya bagaimana untuk kita mengatasi masalah malas inikan? Dalam hal ini, saya hanya dapat bagi satu pandangan sahaja, iaitu kita sentiasa membaiki setiap kelemahan dalam diri kita yang berkaitan dengan sikap malas. Contoh jika kita malas nak belajar, tapi kita tahu jika kita tidak berusaha kita akan gagal, jadi secara automatik kita akan jadi rajin untuk mengulang kaji setiap matapelajaran yang kita ambil. Begitu juga dengan solat jika kita fikir ia adalah satu tanggungjawab dalam hidup kita in shaa Allah, kita akan rajin solat. Ok setakat ini sahaja coretan untuk kali ini daripada saya. Jika terdapat kekurangan dalam coretan kali ini , saya mintak maaf .
Comments