Pelakon yang sebenar..adalah siapa?

           Ramai orang yang tidak sedar siapakah pelakon yang sebenar, jika sedar, mengapa perlu takut dengan perkara yang belum pasti..seharusnya apa yang kita telah lalui itu adalah menjadi pengalaman, pahit atau manis seharusnya kita menerimanya dengan berlapang dada..Pada kali ini saya mengetengahkan tajuk ini kerana ramai orang dalam kehidupan sehariannya tidak sedar merekalah pelakon. Mengapa ramai manusia menjadikan pelakon itu idola mereka, atau lebih tepat di Malaysia ramai dalam kalangan kita mengagungkan pelakon drama tv, malah ada yang menjadikan ianya idola. Tahukah kita hakikatnya jika kita ni sedar bahawa kita juga adalah pelakonya yang realiti dan lebih bermakna dalam kehidupan kita. Sudah tentu kita tidak sedarkan. Jika kita sedar icon yang sebetulnya dalam hidup kita adalah Nabi Muhammad, para sahabatnya, serta tokoh-tokoh yang hebat yang menegakkan agama Islam. Hakikatnya itulah icon yang betul. Tapi sayang ramai orang tidak sedar akan sebuah hakikat itu. Mengapa hal ini terjadi kerana kebanyakan manusia pada hari ini terlalu memandang mulia dan menyanjung tinggi pelakon hebat yang berlakon dalam drama tv.
          Begitu mudah umat islam sekarang ini menyanjung pelakon-pelakon drama dan penyanyi hebat, kerana mereka dibayar dengan harga yang tinggi oleh media-media massa. Memang tidak dinafikan mereka begitu popular. Hakikatnya mereka popular tapi tidak berkualiti di mata orang yang menicintai akhiratnya, berbanding dengan mata orang yang mencintai dunia, jauh berbeza. Maaf jika ada artis yang terasa, di sini bukan niat untuk menjatuhkan kalian yang mencari makan dengan cara itu, tapi saya sendiri selaku orang Malaysia hanya menganggap kalian sebagai penghibur, tapi bukan untuk saya memuja atau menjadikan anda icon, jika ada artis yang terkenal yang sombong saya lagi sombong daripada dia, kerana pada saya, tidak perlu untuk menyanjung artis yang sombong sedangkan jika peminat yang lain tidak membantu menyokong anda, anda tidak akan kemana, jika tidak ada orang yang sanggup membayar anda untuk menjemput kalian membuat persembahan anda tidak ada wang jika anda tidak melakukan  pekerjaan sampingan yang lain. Jadi saya berpesan kepada semua artis di Malaysia jangan nak perasan diri tu rasa bagus sangat ya. Tolonglah wahai seluruh umat Islam sedarlah kita ni adalah pelakon watak utama dalam realiti. Mengapa saya berkata sedemikian kerana selama saya hidup saya tidak pernah untuk memuja atau menjadikan mereka ini sebagai icon saya...dalam hidup saya icon yang paling bagus adalah mereka yang berjaya menegakkan syariah Islam dalam dunia ini. Selain itu saya juga mempunyai banyak icon dalam hidup saya, saya tidak  hanya kepada seorang sahaja.
         Mengapa saya berkata sedemikian, kerana kita manusia ini mempunyai banyak kelemahan, jika kita membaiki kelemahan dalam diri kita seharusnya kita mempunyai banyak  icon dalam hidup kita, supaya kita mampu untuk bangkit daripada sebuah kejatuhan atau mamajukan kehidupan kita sendiri. Pernah terfikirkah kita, jika kita membeli cd atau kaset ori untuk mendengar lagu, atau melihat cerita dalam drama atau membeli tiket di pawagam, secara tidak langsung kita telah membantu artis-artis itu mendapat nama dan mendapat sumber pendapatan. Sudah tentu kita tidak sedarkan. Tapi adakah mereka juga akan menolong kita juga, seperti penjual di pasar malam, itu...atau lain-lain yang berniaga, adakah mereka juga menolong kita untuk membelinya barang yang kita jualkan kita itu, sudah tentu tidak akan ada artis di Malaysia sekarang ini tidak akan ada yang sanggup membeli, tidak dinafikan ada  lah dalam kalangan mereka juga ada yang membeli, tapi boleh kiralah berapa orang...yang lain sudah tentu tidak mahukan. Mestilah nak yang grand-grand, mana ada yang pandang pada peniaga-peniaga kecil. Hal ini jelas membuktikan orang umat islam kita mudah terpedaya dengan populariti dengan imej yang dibawa oleh mereka itu. Sebab itulah orang islam mejadi mundur kerana mereka tidak menolong antara mereka. Mengapa kita perlu ikut artis-artis, sedangkan garis panduan dalam Islam itu lebih indah. Mengapakah kita begitu teruja dengan dunia kelalain, kerana kita juga lalai dalam mengingati siapa Pencipta kita. 
       Jika kita sedar kita juga seorang pelakon, maka lakonlah watak-watak yang baik, dan boleh membawa kita semua ke syurga . Jika kita  betul-betul yakin dengan pertolongan Allah, yakin dengan apa yang kita buat itu betul, sudah pasti kita tidak akan takut dengan perkara yang belum pasti. Sudah semestinya kita akan menjadikan diri kita lebih baik daripada artis-artis yang lain. Mengapa saya berkata sedemikian, kerana saya tidak ingin mengangkat martabat artis-artis ini lebih baik daripada diri saya, kerana pada pandangan saya yang membezakan kita semua adalah ketaqwaan kita dengan Allah, bukannya darjat dan pangkat, kedudukan yang pegang oleh seseorang individu itu. Semua itu pada saya tidak mampu untuk membawa kita ke arah satu kehidupan yang lebih baik, dan sentiasa ingat kepada Allah, sebaliknya kesedaran diri kita sendirilah yang mengingatkan kita kepada Allah. 
      Oleh hal yang demikian, seharusnya kita menjadikan diri kita sebagai pelakon dengan menjadikan diri kita sendiri, tanpa dibayangi oleh kehidupan orang lain. Sepatutnya kita hanya boleh hormat je sesama manusia, tidak perlu untuk kita jadikan mereka icon dalam hidup kita, sebaliknya carilah icon yang berjaya menegakkan agama islam, bukan yang hanya popular dalam tv. Jadilah pelakon yang hebat di dunia realiti ini. Jangan jadikan alasan kita orang biasa je, tak perlu nak hebat pun. Siapa yang cakap itu adalah mereka yang tidak sedar akan tujuan mereka ke dunia ini. Jadilah hebat di mata Allah, jangan di depan manusia. Kita juga hendaklah yakin dangan apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah di setiap kejadian yang kita alami dalam hidup kita ini. Apa yang penting keyakinan kita kepada katentuan Allah terhadap diri kita. 
      Tidak perlu kita sebagai umat islam berkualiti menjadikan barisan artis sebagai icon, tapi sebaliknya jadikan mereka sebagai penghibur kepada kita pada waktu lapang. Jadilah diri kita sebagai pelakon yang hebat dalam dunia realiti, kerana setiap manusia adalah mempunyai hak untuk berjaya dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi. kehidupan manusia yang tanpa bayangan orang lain adalah mereka yang mempunyai kualiti dalam kehidupan mereka, dan sebaliknya. 
     Maaf akhir kata daripada saya, coretan ini adalah sebagai pandangan dan bukan niat untuk menjatuhkan barisan artis di Malaysia, tetapi hanya untuk menyedarkan kita sebagai umat Islam yang berkualiti. Siapa yang rasa dia adalah umat Islam yang berkualiti tidak akan melenting dengan pandangan saya ini, kerana apa yang saya coretkan adalah mengenai sebuah pelakon yang hakiki, dan makna pelakon yang sebenar. Maaf jika coretan ini terdapat kekurangan.

.



    

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1