Solat Sangat Meninggalkan Kesan Buat Yang Beragama Islam.
Solat adalah tiang agama kepada umat Islam, namun ramai yang tidak pernah akan menghiraukan tentang solat. Jika solat hendaklah kita menitik beratkan syarat sah wudu' dahulu kemudia barulah kita menitik beratkan syarat sah solat. Jika hal ini tidak di titik beratkan, solat kita tidak sah, dan menjadi perbuatan yang sia-sia sepanjang kita hidup.Tapi disini bukan untuk saya menceritakannya tentang syarat-syarat sah sah solat dan wudu' tetapi di sini saya ingin menyebarkan berita tentang orang yang tinggalkan solat ketika roh di kandung badan. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, pada 3/1/2015 saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Diluar bilik mayat itu cukup dingn dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badanya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah SWT Maha Berkuasa.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam,hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti , sambil di hatitidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semkin hitam. Selepas lima minit berlalu barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam sperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk temenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan yang timbul dalam benak kepala saya: Apakah sebenarnya yang telah terjadi.?
Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar menjadi hitam ?
Persoalan demi persoalan yang timbul dalam kepala saya pada waktu ini. Sungguh fikiran saya tidak pernah berhenti memikirkan persolan yang timbul,
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan yang timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di dalam bilik mayat pada pukul 4.00 pagi ni. Semakin lama dia semkin hampir, dan tidak lama kemudian dia berdiri di hadapan saya.
Pada pengamatan saya dia berusia dalam lingkungan 60 an, dan memakai baju kurung.
"Ustaz " kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok wajahnya"kata wanita itu berkeadaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya , namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. Betulkah ini mayat anak makcik?"tanya saya.
"Makcik rasa betul ...tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul."kata saya.
Setelah ditelitinya jenzah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba diluar saya bertanya kepadanya, "Makcik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak makcik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Namun wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab . Saya lihat dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada saya, Tanpa belengah memikirkan "Baiklah , kalau makcik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini"kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat air mata, dia berkata " Ustaz, anak saya ini memang baik , patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik. Tapi..."tambah wanita itu lagi" apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang , Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan makcik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang makcik kesalkan."kata wanita tersebut.
Jawapannya itu betul-betul memeranjatkan saya . Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku.
Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah di aibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya , wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah mengapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, " Encik , kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari, rasanya elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur dan lebih dekat dengan Klang." Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya , wajahnya, tututrannyaserta pakaiannya. " Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi....emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" .... Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu, dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi ianya masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja , dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau, 80,000 tahun?
#tolongsebarkan
sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.........
cerita ini sungguh mengisafkan,jika kita betul-betul menghayatinya.....apa pun ini adalah fakta yang jelas dan sumber yang boleh dipercayai....semoga bemanfaat....

Comments