Seandainya aku tahu!!! Dan komplikasi masalah?

  Assalamualaikum, kali ini saya ingin membincangkan tajuk yang agak menarik, tapi tak tahu lah kepada pembaca di luar sana, nak tahu mengapa saya mengetengahkan tajuk ini? Ramai di antara kita tidak sedarkan, sebenarnya ramai yang tidak tahu dengan apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ya saya tahu itu adalah mustahil bagi kita untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada  kita pada hari esok. Tapi adakah kita sentiasa memikirkan akan hal kematian kita? Cuba kita tanya adakah kita sentiasa ingat mati atau tidak? Di sini bukan niat saya untuk berceramah atau pun menunjukkan diri saya adalah orang yang alim, ingin saya kongsikan kepada pembaca diluar sana agar kita dapat memikirkan tentang kejadian dan kebesaran Allah. 
   Melalui apa yang pernah saya lalui, ramai orang tidak tahu dan kebingungan apabila kita dalam menghadapi sesuatu masalah. Sedangkan kita tidak tahu apa yang menyebabkan kita jadi begini? Di manakah silap kita? pernah tak kita semua apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita akan mencari dimanakah salah kita dulu? Kalau tak pernah cuba kita buat dulu. Pernah tak kalian akan ada rasa kebingungan apabila setiap kali ditimpa dengan masalah?  Sudah  tentu tidak bukan? Ok di sini saya  ingin kongsikan keadaan  diri saya apabila setiap kali datangnya masalah dalam hidup saya.
   Pertama sekali saya akan mencari di manakah kesilapan saya, saya  tahu semua ini tidak akan terjadi jika saya tidak mengambil keputusan dengan melulu  sebelum bertindak.  Ya saya akui saya juga adalah insan yang biasa, saya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Seandainya saya tahu, apa yang saya buat itu salah, sungguh saya tidak akan melakukan kesalahan itu. Tapi apakan daya saya, saya juga adalah insan yang lemah yang perlu untuk saya membetulkan kembali apa yang pernah saya buat silap. Adakah anda diluar sana akan bertindak sama seperti mana saya bertindak? Pada saya membuat pembetulan itu adalah pasti cuma cepat atau lambat sahaja, bila tiba masanya nanti in shaa Allah saya akan lakukan pembetulan yang pernah saya buat sebelum ini. 
  Bagaimanakah dengan pembaca di luar sana, sungguh saya tidak tahu anda diluar sana bagaimana dalam membetulkan kesilapan yang pernah anda lakukan. Sebagai contoh lain, jika saya bertanya kepada mereka yang bersalah adakah anda semua akan membetulkan setiap kesalahan yang pernah anda lakukan sebelum ini, jika diberi peluang, adakah kalian semua sanggup membetulkannya? Semestinya tidak? Bagi anda kesalahan yang lama perlu di diamkan dan mulakan dengan kehidupan yang barukan. Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab?
   Bagaimana jika suatu hari nanti, apa yang pernah anda semua buat itu dikembalikan semula kepada anak atau cucu anda? Anda sendiri yang menyaksikan setiap kesalahan itu diulang semula oleh anak cucu anda? Adakah kita semua sanggup melihat kesalahan yang pernah dilakukan oleh kita diulangkan semula oleh darah daging kita sendiri? Bersediakah kita menaggung setiap dosa yang kita pernah lakukan tanpa sempat kita betaubat, kita dijemput ajal? Sungguh pada saya jawapan yang paling tepat, adalah saya tidak sanggup, kerana saya tidak mahu anak cucu saya suatu hari nanti merana dan menderita?
   Tapi adakah kita juga bertanya kepada mereka yang melakukan kesilapan, adakah kita akan bertanya kepada mereka, mengapa kamu atau saya melakukan sedemikian, semua ini hendaklah bertanya kepada yang hak? Pada saya, saya mempunyai sebab yang tersendiri mungkin, kalau difikirkan adalah tidak logik dek akal kalau saya nyatakan, hal  ini kerana hati saya adalah manusia yang lemah. Jika kita bertanya kepada pelaku kesalahan dalam mahkamah, bagaimanakah reaksinya, adakah anda akan berlaku jujur dengan apa yang telah anda lakukan?  Serius seandainya kita tahu, kita juga akan ditimpa balasan yang sama, adakah kita bersedia untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. jawapannya sudah tentu kita tidak mampu untuk menerimanya nanti bukan?
   Nampak tak, kita akan berhadapan dengan sebuah jawapan yang belum pasti?  Jawapan itu akan hadir jika benar-benar insaf dan bertaubat.  Tapi disini jika anda menghadapi sebarang masalah dan kekecewaan yang melampau, janganlah kita bertindak dengan membunuh diri, sebagai pesanan kepada diri sendiri juga, bunuh diri adalah bukan jalan penyelesaiannya akan tetapi akan membawa kelaknatan daripada Allah malah di akhirat juga akan diazab oleh Allah, bagi orang yang beragama Islam, jika kepada orang yang bukan beragama islam , anda telah merugikan diri anda, malah anda juga  tidak sedar bahawa diri anda juga berhak untuk mencapai kebahagiaan.
   Jika soalan mengapa melakukan kekejaman  dan penindasan kepada rakyat ? terhadap pemimpin kita juga, adakah beliau akan dapat menjawab dengan hati yang tenang? Adakah mereka akan sedar dengan kesilapan yang pernah mereka lakukan? Sudah tentu tidak bukan, bahkan mereka terus hanyut. Itu hal dari sudut pentadbiran tidak lagi kepada mereka yang menyokong? Mengapa?  Adakah soalan itu begitu mahal untuk diajukan kepada sesiapa yang bergelar sebagai pemimpin, terutama di Malaysia, adakah salah bagi seorang rakyat untuk bertanya dengan soalan mengapa?
    Lihatlah, tidakkah ada banyak soalan yang perlu diajukan kepada diri kita sendiri, malah kepada orang lain juga. Oleh itu marilah kita sama-sama merenungkan seandainya kita tahu itu sebagai penanda aras kepada kita untuk menilai setiap kesilapan yang pernah kita lakukan. Tidak tertanyakah pembaca semua mengapa saya menulis tentang seandainya aku tahu, sebagai topik perbincangan pada petang ini? Jawapannya adalah saya juga begitu banyak persoalan yang bermain dalam benak pemikiran saya, untuk dipersoalkan? Cuma tidak tahu kepada siapa yang harus untuk bertanya tentang macam-macam hal yang belum pasti ada jawapan setiap tanggungjawab saya kepada diri, keluarga dan masyarakat terutamanya kepada umat Islam.
     Oklah disini sahaja untuk kali ini coretan daripada saya, sebagai perkongsian yang mungkin tidak seberepa menarik ini... saya minta maaf jika terdapat kesilapan dan kelemahan dalam penulisan saya untuk kali ini..


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1