Program Kemasyarakatan di SMK Pendidikan Khas, Jalan Padang Behor, Kangar Perlis

   Pada jam 0730 am kami semua telah bertolak dari kolej kediaman masing-masing. Program ini bermula pada jam 0830 am. Tepat jam 0800 am kami sampai di perkarangan sekolah. Apa yang menarik kat sini, yang dapat saya kongsikan di sini , adalah saya berasa sangat  gembira bila mana saya sampai di sini. Pada pertama kalinya saya selaku pelajar, terbabit dengan program ini sebagai fasilitator kepada pelajar di sini. Sungguh, tidak pernah terlintas difikiran saya, akan turut bersama dengan program ini. Nama program ini adalah Program Kemasyarakatan di SMK Pendidikan Khas, Jalan Padang Behor, Kangar. Program ini merupakan program anjuran daripada pihak MPKKi dengan kerjasama KKTAG. Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah berusaha mendekatkan lagi antara hubungan pelajar Unimap dengan masyarakat di sini, terutama masyarakat di SMK Pendidikan Khas ini.
   Sungguh tanpa usaha daripada pihak penganjur, kemungkinan besar saya tidak terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini diadakan  adalah memupuk interaksi sosial yang sihat dan positif antara anak-anak OKU dengan mahasiswa Unimap. Antara aktiviti yang menarik  disediakan oleh pihak penganjur adalah senamrobik dan aktiviti beramah mesra bersama penghuni pusat OKU. Setelah sampai, kami diberi sedikit maklumat oleh Pengarah Program ini, dan memulakan dengan aktivti senam robik bersama pelajar di sini. Apa yang menyedarkan saya disini adalah, seharusnya kita patut rasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan kepada kita, terutama nikmat sempurna akan pancaindera kita.  Disini hati saya menangis kerana selama ini saya lupa dan lalai dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada saya. Kalau kalian nak tahu, mereka ini mempunyai kelebihan yang tersendiri tanpa kita sedari.
    Di sini banyak mengajar saya erti kehidupan, iaitu janganlah kita kufur dengan apa yang kita perolehi kerana semua itu adalah sementara. Cuba kita mendalami bagi mereka yang kurang upaya ini, terfikirkah kita jika suatu hari nanti ada dalam keluarga kita, bagaimanakah tahap penerimaan kita. Adakah kita redha? Jawapan itu ada pada diri masing-masing. Oleh itu, seharusnya kita hendaklah memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan tidak meninggalkan solat, sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah. Peringatan ini juga ditujukan juga kepada diri saya sendiri terutama, dan sesama Islam yang lain. Ok itu apa yang saya telah rasa dan menyentuh hati saya di sepanjang program ini berlangsung.

Gambar A

Gambar B
 Gambar A dan B adalah gambar yang diambil setelah  tamatnya aktiviti senamrobik bersama pelajar disini.

Gambar C

Gambar D

Gambar E


Gambar F

Gambar H

Gambar I
 Dari gambar C-I merupakan aktiviti dalam kumpulan dan sepanjang aktiviti berlangsung. 


Gambar J
Selesai sudah aktiviti dalam kumpulan, sekarang masa untuk majlis penyampaian Hadiah kepada semua pelajar yang menang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebelum itu, disini sempat untuk saya temubual daripada salah seorang guru yang menjadi tenaga pengajar di sini. Antara isi kandungan yang sempat saya tanya  seperti berikut:
  1. Mereka juga menggunakan silivers yang sama dengan pendidikan biasa
  2. Budak pekak menggunakan silivers yang sama
  3. Masalah pembelajaran adalah menggunakan silivers dia sendiri
  4. Mereka ini juga dinilai dengan menggunakan kaedah pentaksiran dalam kemahiran
  5. Jika mereka ini berjaya suatu hari nanti dalam pembelajaran, mereka juga layak untuk masuk Universiti
  6. Pada kebiasaannya mereka ini akan berkerja di sebalik tabir seperti designer dan juga krew
Selain itu mereka ini jua mempunyai masalah dalaman mereka sendiri antaranya adalah:


  • mempunyai genetik demam panas
  • masalah sindrom 
  • masalah hyperaktif
Mereka ini telah diberikan perhatian yang eksklusif oleh tenaga pengajar disini.


Gambar K

Gambar L

Gambar M

Gambar N
Gambar L-N merupakan sesi penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. Pada jam 1430 majlis bersurai. Kesemua gamabr dibawah diambil semasa ingin bergerak balik ke Kolej Kediaman masing-masing. Sebelum saya undur diri saya, sekali lagi saya memohon maaf diatas kelewetan dalam menulis hal ini. Saya juga berharap kepada semua pembaca di blog saya ini dapat menjadikan pengalaman yang saya lalaui ini, sebagai peringatan kepada kita semua bahawa setiap ciptaan Allah ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sekali lagi saya mintak maaf jika coretan kali ini adalah panjang.











Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Tanpa Di Rancang 2017

Pengukuran Umat Islam Sejati

Sembang Santai 1