Perdana Menteri Di Malaysia
Perlembagaan Malaysia telah menggariskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Yang paling menyedihkan saya sebagai rakyat Malaysia adalah kerana hanya perlembagaan sahaja yang meletakkan Islam yang paling tinggi dalam Perlembagaan. Pada hakikatnya Islam yang di laungkan dan di pegang oleh rakyatnya kebanyakannya adalah hanya tinggal dalam kad pengenalan sahaja. Tidak lagi pada amalannya dan tingkahlakunya. Hal ini boleh dibuktikan melalui beberapa contoh yang paling ketara adalah penampilan para pemimpin di Malaysia dan keluarga mereka dalam mencontohkan kepada masyarakat di Malaysia umumnya kerana mereka tidak menjadi teladan yang baik, malah lebih mengejarkan kekayaan dunia semata-mata. Lihatlah sejuah mana pemimpin Malaysia mengamalkan Islam dalam keluarganya dan kempimpinannya. Kebanyakan daripada mereka ketinggalan dalam aspek Islam yang sebenar. Disini saya juga ingin manyatakan betapa jahilnya pemimpin kita dalam memimpin keluarganya ke arah Islam yang sejati. Oleh itu tidak hairanlah mengapa Malaysia mempunyai pemikiran liberalisme, fahaman wahabi dan lain-lain fahaman yang membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia. Malah pemimpin-pemimpin di Malaysia juga kebanyakannya tidak menitik beratkan Islam sebagai pegangan dan panduan yang betul.
Disini saya juga ingin menegaskan bahawa untuk menjadi pemimpin di Malaysia seharusnya adalah seorang yang Islam yang sejati kerana majoriti rakyat Malaysia adalah muslim. Terdahulu pernah menjadi pertanyaan daripada anak kecil yang berbangsa India kepada Tun M sendiri, bolehkah suatu hari nanti dia menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan Tun M bahawa boleh, tetapi anda harus bekerja keras untuk mendapatkannya. Adakah kebanyakan orang akan bersetuju bahawa mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia adalah layak untuk menjadi pemimpin di Malaysia. Cuba kita tanya soalan kepada diri kita sendiri adakah kita menginginkan seorang Perdana Menteri daripada orang yang bukan beragama Islam. Terfikirkah kita bagaimanakah nasib orang Islam ketika itu seandainya Perdana Menteri Malaysia adalah bukan yang bergama Islam yang original. Sanggupkah kita membiarkan Islam ditindas oleh orang bukan Islam di Malaysia.
Lihatlah betapa bencinya mereka yang bukan bergama Islam di negara lain yang begitu membencikan Islam. Adakah kita juga menginginkan hal yang sama seperti orang Islam di Myanmar, orang Islam di India, orang Islam di lain-lain negara yang dipimpin oleh mereka yang bukan bergama Islam. Tidak usah kita pergi jauh, lihat lah umat Islam di Singapura. Adakah mereka akan menikmati kekayaan dan hasil bumi yang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam. Malah bumi Malaysia akan hancur sekiranya pemimpin yang bukan Islam yang memimpin negara. Lupakah kita bahawa hanya Islam yang Allah redhai, dan Malaysia adalah negara yang bermazhabkan imam As syafie, adalah original islam. Sekarang lihatlah, di Malaysia umumnya tidak mempunyai pemimpin yang original dalam pegangan akidahnya terhadap manhaj alsyairah dan almaturidiyyah. Saya juga tertanya-tanya dimanakah silapnya, kebanyakan pemimpin di malaysia tidak mempunyai pegangan akidah yang betul dan kuat dalam mengamalkan Islam.
Wahai anak muda, saya disini selaku penulis, menyeru agar carilah ilmu agama dengan betul bukan daripada fahaman wahabi dan lain-lain fahaman. Carilah mereka yang tahu akan hal alsyairah dan almaturidiyyah. In shaa Allah, pegangan akidah mu adalah kuat dan betul. Disini saya ingin nyatakan suatu kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikiran setiap manusia, hakikatnya Malaysia masih aman kerana terdapatnya mereka yang betul-betul berpegang dengan mazhab asyafie dan bermanhajkan alsyairah dan almaturidiyyah, jika tiadanya mereka ini di dalam Malaysia, maka jadilah negara yang mempunyai bancana alam yang begitu kuat sehingga tidak mampu kita berbuat apa-apa. Lihatlah di bandar aceh dan negara-negara yang sering mendapat bencana alam adalah kerana sudah tidak ada lagi orang Islam yang sejati dalam sesuatu negara.
Mungkin orang akan menganggap andaian saya ni salahkan, sebab tidak ada bukti yang jelas. Di sini saya ingin kita lihat semula sejarah para nabi, dan rasul. Bagaimanakah mereka di azabkan dan yang selamat hanyalah mereka yang betul-betul beriman kepada Allah sahaja. Adakah kita terlintas di akal kita mengapa mereka selamat ? Kerana ilmu yang di miliki mereka adalah ilmu yang bersanadkan dengan dengan aliran yang diajar daripada rasul adalah tepat. Jika aliran ilmu itu adalah tidak terputus daripada sanad para sahabat dan para rasul, In shaa Allah negara kita akan selamat daripada sebarang bencana yang dahsyat seperti gempa bumi dan tsunami. Hal ini kerana Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan di bumi Nya. Maaf jika anggapan saya ini salah, tetapi saya tetap mengenengahkan anggapan ini kerana apa yang saya lalui dan lihat kebanyakan adalah 90% adalah benar. Tulisan ini juga hanya sebagai renungan untuk kita semua yang beragama Islam khasnya.
Comments