SEMBANG KENDIRI
Setelah sekian lama mencari dan mencuba sesuatu yang baru, hari ini dapat aku ketahui bahawa tajuk juga adalah penting dalam sebuah penulisan. Aku memang lupa tentang tajuk kerana aku terlalu memikirkan apa yang harus aku tulis dalam blog. Dan sekarang alhamdulillah aku sudah pun mempunyai sedikit kemahiran. Cuba dahulu baru kita tahukan. Sekarang aku hanya perlu menulis apa yang ada dalam hati aku ini, dan apa yang berlaku kepada aku. Perlu ke? hahahaha. Apa-apa pun aku bersyukurlah kepada Allah kerana Dialah yang tempat aku bekongsi luka dan lara dalam hati. Disini aku berasa senang sangat bilamana aku dapat mengetahui sesuatu benda dengan belajar sendiri dan bertanya kepada orang yang pandai. Disini aku juga ingin memberitahu sedikit tentang diri ini. Secara jujurnya, aku tidak suka dengan mana-mana parti politik di Malaysia ini. Aku lebih suka kepada kebebasan. Jadi apa yang aku tulis dalam blog aku ini adalah bukan niat untuk menghentam sesiapa pun, cuma aku ingin mengemukakan se