Posts

Showing posts from 2016

Sembang Santai 4

    Assalamualaikum,kepada semua pembaca blog saya, kali ini saya ingin menulis tentang hikmah sebuah kesabaran. Perkataan ini ramai yang dah tahukan, tapi adakah kita sedar atau tidak, adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar, cuba soalan ini kita ajukan kepada diri kita sendiri, sudah tentu kita tidak pernah untuk bertanyakan... Tapi tak apalah kalau tak tanya pun, sebab mungkin tidak berapa penting pun kan kan kan hehehe, walau apa pun, kali ini saya menemui secebis hikmah kesabaran yang mana saya pernah di benci oleh beberapa kawan saya di sini, tapi saya menempuhinya dengan hati yang tak ada perisa kerana saya tahu kat sini adalah bukannya tempat untuk saya melakukan itu hehehe      Wahai manusia di manakah terletaknya nilai murni yang ada dalam agama islam. Adakah agama yang dianuti adalah hanya untuk mengetahui nilai haram atau tidak, Adakah itu yang menjadi ukuran sebagai seorang yang memiliki pegangan agama. Sejauh itukah pegangan yang mampu di pegang oleh orang

Solat Sangat Meninggalkan Kesan Buat Yang Beragama Islam.

     Solat adalah tiang agama kepada umat Islam, namun ramai yang tidak pernah akan menghiraukan tentang solat. Jika solat hendaklah kita menitik beratkan syarat sah wudu' dahulu kemudia barulah kita menitik beratkan syarat sah solat. Jika hal ini tidak di titik beratkan, solat kita tidak sah, dan menjadi perbuatan yang sia-sia sepanjang kita hidup.Tapi disini bukan untuk saya menceritakannya tentang syarat-syarat  sah sah solat dan wudu'  tetapi di sini saya ingin menyebarkan berita tentang orang yang tinggalkan solat ketika roh di kandung badan. Kisah ini diceritakan  oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, pada 3/1/2015 saya menerima panggilan dari  Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.     Diluar bilik mayat itu cukup dingn dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya  dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berk

Pelakon yang sebenar..adalah siapa?

Image
           Ramai orang yang tidak sedar siapakah pelakon yang sebenar, jika sedar, mengapa perlu takut dengan perkara yang belum pasti..seharusnya apa yang kita telah lalui itu adalah menjadi pengalaman, pahit atau manis seharusnya kita menerimanya dengan berlapang dada..Pada kali ini saya mengetengahkan tajuk ini kerana ramai orang dalam kehidupan sehariannya tidak sedar merekalah pelakon. Mengapa ramai manusia menjadikan pelakon itu idola mereka, atau lebih tepat di Malaysia ramai dalam kalangan kita mengagungkan pelakon drama tv, malah ada yang menjadikan ianya idola. Tahukah kita hakikatnya jika kita ni sedar bahawa kita juga adalah pelakonya yang realiti dan lebih bermakna dalam kehidupan kita. Sudah tentu kita tidak sedarkan. Jika kita sedar icon yang sebetulnya dalam hidup kita adalah Nabi Muhammad, para sahabatnya, serta tokoh-tokoh yang hebat yang menegakkan agama Islam. Hakikatnya itulah icon yang betul. Tapi sayang ramai orang tidak sedar akan sebuah hakikat itu. Mengapa ha

"Malas"

Mesti tertanya-tanyakan mengapa  saya menulis perkataan "malas" kerana saya juga seorang yang pemalas sebenarnya, tapi sampai bila kita akan malas untuk menunaikan setiap tanggungjawab ke atas diri kitakan. Pernah terfikir tak kenapa kita rasa malas sangat dalam masa satu hari, macam saya ni malas hari-hari dah, tengoklah report li pun belum siap lagi ni, entahlah , tak tahu nak buat bila laginya...sedarkah kita setiap yang manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawabnya yang sendiri.Jika kita seorang muslim, tanggungjawab yang utama adalah menunaikan solat. Solat adalah tanggungjawab kita kepada Allah. Pernah terkifikirkah kita tentang solat dalam kehidupan kita, adalah merupakan tanggungjawab? Jika kita pernah terfikir, tentang solat, cuba kita tanya mengapa aku tidak solat tepat pada waktunya, sedangkan kelebihan solat di awal waktu sudah kita ketahui.         Dimanakah silapnya kita dalam hal ini? masih adakah orang yang boleh memberi jawapan dimanaka

Jadilah Pengguna Bijak

Dengarlah nasihat pakar dan tenanglah walaupun anda dalam kepayahan..! ANDA BOLEH MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN B A W A K E R E T A A N D A K E B A L A I P O L I S D A H U L U Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta . Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin. Pertama sekali jika kemalangan , anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh  tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan...! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10%  dari insurans anda. Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan memomokkan dengan cerita sedih itu dan ini...! Jadi apa tindakan anda ..? Cakap je kat dia.."Saya nak towing saja.." Biasanya kena caj dalam RM 200-RM300 . Towing kereta anda kebalai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana Lepas buat report, mintak longkai hantarkan ker

Sembang Santai 3

       Assalamualaikum, kepada para pembaca sekalian, kali ini saya begitu tertarik untuk membicarakan tentang ilmu, namun untuk saya yang masih belajar ini, terlalu dangkal ilmu yang saya miliki ini untuk saya membicarakan. Di sini saya rasa sungguh terkilan dengan segelintir masyarakat kita hari ini kerana kebanyakan masyarakat kita pada hari ini malas untuk mengkaji atau cuba mendapatkan berita yang benar. Mesti pembaca semua tertanya-tanya mengapa saya berkata sedemikian..kan...kan, saya berkata demikian kerana hati saya terlampau sedih melihat akan keadaan masyarakat kita hari ini..begini ceritanya di sebuah daerah perantau, ada seorang manusia yang begitu memiliki ilmu yang tinggi dalam agama, malah cara dia belajar juga adalah bertalaki terus dengan guru dia, tapi ramai orang yang tidak tahu akan ilmu yang dia miliki, dia di kecam, di fitnah, dipermainkan, di hina, lalu dia membawa diri daripada daerah perantau dengan mendapatkan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor..A

Sembang Santai 2

      Assalamualaikum, selamat petang, hari ini saya menulis lagi, kali ini saya ingin mengetengahkan isu-isu hangat yang diperkatakan di media sosial. Salah satu isu yang menarik perhatian saya iaitu tentang ASWAJA. Apa yang menarik perhatian saya adalah isu ini merupakan isu yang berkaitan dengan agama Islam. ASWAJA adalah ahli sunnah wal jamaah, yang menjadi pegangan kita di Malaysia. Namun haruslah bermanhajkan al-sha'irah dan al-maturidiyyah. ASWAJA sekarang hangat mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang cuba untuk menjatuhkan ASWAJA bahkan cuba untuk memburukkan ASWAJA, saya rasa semua orang tahukan siapa yang menentang ASWAJA di Malaysia, jadi tak perlulah saya nak bagitahukan siapa orangnya.        Soalan yang pertama adalah mengapa ASWAJA di Malaysia mendapat tentangan hebat daripada seorang yang berilmu, dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini seorang islam yang sejati seharusnya memiliki 3 ilmu fardhu ain, dalam set

TUAN GURU HAJI .SALLEH BIN MUSA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. 22/7/2016 JAM:8.15 PM

Image
Innalillah.............. Allah telah memakbulkan permintaan Tuan Guru iaitu nak mengajar sehingga meninggal dunia. Siapakah Insan istimewa ini? Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Tarikh lahir : 08.02.1929 Ayah : Tn Guru Hj Musa Bin Salleh Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad Tempat lahir : Pekan Sik Kedah Bil Adikberadik : 8 orang Anak ke : 3 Pendidikan :  1. Sek Rendah Keb Sik ( dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru sekejap sahaja di sana) 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah 3. Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka di antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al-Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Maliki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan Syeikh muktabar lain. Berkahwin dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Tn Guru m

Sembang Santai 1

      Assalamualaikum semua kepada pembaca, mesti tertanya-tanyakan mengapa saya tulis sembang santai 1, kalau nak tahu, mestilah baca blog ni, hehehehe..... ok apa yang nak disembangkan pada hari ini adalah berkaitan "makanan" "ialah tajuk yamg remeh je, makan je lah apa yang boleh dimakan , jangan nak memilih sangatlah", mesti pernah dengar dengan ayat macam nikan, atau macam-macam ayatlah yang boleh diperkatakan, tentang makanan ni kan,  ok sebenarnya saya ada benda yang nak dikongsikan kepada pembaca semua tentang makanan ni, entahlah sama ada secara sedar atau tidak, saya tidak tahu, sama ada pembaca semua dah tahu atau pun tidakkan, mesti ada yang dah tahukan tentang ini, kalau ada yang dah tahu Alhamdulillah.          Kalau yang belum tahu tu, mesti kena ambil tahu, terutamanya orang Islam, mesti wajib tahu, owh ya kat sini saya hanya nak fokuskan tentang masakan nasi je yang sebenarnya, kenapa saya tekan masakan nasi sebab nasi merupakan makanan asas oran

Tanda Peringatan kepada Diri Dan Semua Pembaca Mengenai Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa ,malaikat yang lain. Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan  siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab . Lalu Dia sendiri yang menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa." Hal ini menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan, seterunya meniup sangkakala untuk kali yang ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama Padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi"  yang berada dihujung tulang be

Ucapan Selamat Hari Raya dan coretan blogger

     Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pembaca, jika ada parantau yang baru boleh balik kampung pada hari ini saya berharap pulanglah dengan selamat elakkan diri memandu dalam keadaan penat, agar pulangnya anda semua ke kg halaman dapat disambut oleh orang yang tersayang, jika ada yang perantau dalam perjalan balik ke KL sila pastikan anda memandu dengan behemah agar kita mampu mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak kita inginkan, so selamat memandu, ingin saya kongsikan kat sini apa cita-cita saya selama ini, iaitu ingin menjadi seorang pensyarah yang di hormati dan disayangi oleh semua pelajar hehehe... tapi saya tidak tahulah cita-cita-saya ini dapat direalisasikan ataupun tidak, semuanya saya serahkan kepada Allah sahaja. Sungguh saya juga insan yang lemah, yang tidak mempunyai banyak kelebihan, hanya insan yang biasa, yang hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja... barulah saya faham betapa kerdilnya saya ini...Ya

Mengenai Blog Aku

Assalamualaikum semua , lama dah aku tak menulis dalam ini, hari ini aku terasa ingin menulis kerana aku ingin ceritakan sedikit apa yang berlaku sepanjang aku menulis dalam blog, sepanjang aku mula mengenali blog, pada mulanya aku tak mahu kawa-kawan aku yang lain tahu yang aku ini blogger kerana bagi aku blog aku ini tidaklah untuk mencari populariti tapi, aku menulis hanya untuk melepaskan apa yang aku rasa sahaja, aku juga ingin melakarkan sejarah tentang diri aku , dan ingin berkongsi apa yang aku tahu. Tu sahaja kot tujuan aku, tiada niat aku pun untuk mendapat populariti.,Ada kawan aku sorang ni, cakap " blog aku ini tak menarik dengan tajuk yang aku tulis " aku pun diam kan diri sahaja, tapi kalau ikutkan hati aku ni nak je cakap aku menulis blog ni untuk tatapan sejerah dalam hidup aku, aku tak suruh pun kau baca, ada aku cakap kat kau, bacalah blog aku tu, setahu aku tidak pernahlah pulak aku suruh dia baca, yang hang nak p baca blog aku tu kenapa? ( itu yang hanya

Ramadhan Pada Tahun 2016 Dalam Hidup Aku

Image
Pada tahun ini, adalah tahun bersejarah dalam hidup aku, dan juga buat umat Islam khususnya kerana Ramadhan pada tahun ini jatuh pada tarikh 6/6/2016 = 6.6.16. Tarikh ini merupakan tarikh yang sangat cantik dan  sangat unik kerana hanya pada tahun ini sahaja kita akan berjumpa dengan tarikh ini, di tahun lain tidak akan ada lagi tarikh dan tahun yang sama. Kisah Aku  Semalam aku terlupa untuk ke surau sebaliknya aku terus ke Kangar membeli apa yang patut untuk sahur. Serius aku lagsung tidak ingat akan solat terawih pada malam pertama untuk Ramadhan. Ok tak pelah , aku solat kat rumah je lah dengan kawan aku. Kawan aku ni orangnya baik, aku pun senang berkawan dengannya. Nama dia adalah Solihin., nanti aku tunjukkan gambarnya nanti k,.. Ok selepas membeli-belah dekat Kangar aku terus ke library untuk membuat persediaan untuk exam pada esok. Setelah tamat jam 10.20, aku bergegas turun ke tempat penantian bas untuk pelajar Unimap, di tepi bangunan kwsp. Sesiapa yang pernah datang ke P

Kenapa Harus Takut Dengan Sebuah Kritikan?

Image
Kritikan merupakan sebuah kata-kata yang membina dan pemberi semangat kepada kita untuk terus berjuang atau untuk terus kita bangkit daripada sebuah kekecewaan atau kegagalan. Pada pandangan saya kritikan adalah perkataan yang dikeluarkan oleh seorang individu yang berunsur negatif atau positif. Jika kita mengambilnya dari sudut negatif kita akan kurang bersemangat untuk melakukan kebaikan. Malah menyebabkan kita sentiasa takut untuk bertindak dengan rasional. Bagaimana untuk kita mengahadapi kritikan yang negatif. Antaranya cuba kita menilai balik apa yang kita lakukan itu adalah  perkara yang benar atau salah. Jika kita dapati tindakan kita itu adalah salah kita seharusnya memperbetulkannya dengan melakukan perkara yang lebih baik. Contoh yang mudah jika anda ingin menjadi seorang Ustaz. Anda haruslah mengetahui syarat untuk menjadi ustaz iaitu, seorang individu itu haruslah mempunyai dan beramal dengan ilmu yang dipelajari, ilmu yang harus ada pada seorang ustaz adalah, ilmu tauhid

Catatan Waktu Berbuka Bagi Tahun 2016 Bagi Beberapa Buah Negeri Di Malaysia.

Image

KECINTAAN TERHADAP KEBENARAN

         Ramai yang tahu akan erti kebenaran, tetapi ramai yang tidak mampu untuk menyatakan sebuah kebenaran. Sebelum ini saya pernah menulis akan sebuah kejujuran, tapi kali ini saya menulis lagi tentang kecintaan terhadap kebenaran. Bukan niat untuk saya mengajar atau memberi kesedaran tapi disini saya hanya memberi pandangan kerana ramai orang yang tahu akan kebenaran tapi tidak tahu untuk melihat akan sebuah kebenaran. Mungkin akan ada orang yang cakap alah,"kebenaran konon, ko pun tak faham akan sebuah kebenaran, ko tak faham  dan tak tahu apa-apa pun". Pernah tak kalian mendengar akan ayat sebegini. Kebiasaannya manusia yang selalu berbicara seperti ini adalah mereka yang telah melalui banyak kepahitan dan kekecewaan. Di dunia ini manusia diberikan pelbagai keinginan tetapi tidak mampu untuk dicapai kerana terdapat banyak halangan dan dugaan untuk mencapainya.          Tetapi manusia yang berharta dan mempunyai pangkat sanggup melakukan apa sahaja yang dinginkan asalk